in ,

“Henti Tuduh Isteri Saya Bukan-Bukan,”– Shuk Pertahan Bini Buat Review di IG

Pelawak dan penyampai radi, Shuk Sahar memohon agar warganet menghentikan segala kecaman terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera kerana sering membuat ‘review’ secara berbayar di Instagram.

Menurut laporan Astro Gempak, Shuk mengakui walaupun isterinya melakukan review berbayar saat rumah tangga mereka dilanda kemelut, apa yang berlaku merupakan masalah peribadi dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan urusan kerja isterinya.

“Masalah rumah tangga dan kerja tidak sepatutnya dicampur adukka. Isteri saya ada hak untuk meneruskan kerja-kerja yang dilakukan. 

“Warganet tidak sepatutnya menyalahkan isteri saya kerana dia bekerja. Dia menjalankan amanah dan tanggungjawab diberikan untuk semua ‘paid review’ tersebut. 

“Saya merayu agar berhenti cakap dan menuduh isteri saya bukan-bukan,” 

– Shuk
Shuk Mengaku Buat Silap, Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Kembali Bahagia Bersama Keluarga

Namun begitu, Shuk enggan mengulas berkenaan hubungan kontroversi mereka dengan lebih lanjut. Menurutnya, perkara itu sudah berlalu dan dia hanya pandang ke hadapan serta fokus terhadap isteri dan anak-anaknya.

“Status terkini kami, hanya ucapan terima kasih mampu saya ucapkan di atas doa-doa kalian yang mahu melihat rumah tangga kami kembali pulih.

“Kepada yang mengeji dan menghina saya juga… Terima kasih buat kalian,” katanya.

– Shuk

Minggu lalu, Sera telah mendedahkan kecurangan suaminya dengan wanita lain yang bernama Fara Salleh sehingga menjadi kecoh di media sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Anugerah Amat Bermakna Untuk Saya & Arwah Suami Tercinta Johan Nawawi,” – Datuk Nora Ariffin

“Aidil Datang Rumah, Tidur Dengan Anak-Anak,”– Rita Rudaini Dedah Rahsia Lagi