TEROKAI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI DALAMÂ WITHOUT BOUNDARIES
THE GREAT OUTDOORS
Tarikh siaran: 7 Disember 2011
Hari: Rabu
Masa: 9.30 malam
Episod: 10
Bahasa: Inggeris
Bersedia untuk beralih angin bersama Henry Golding! Jika sebelum ini Henry membawa kita menikmati keindahan pulau dan pantai di Malaysia dalam ‘Without Boundaries: Islands and Beaches’, kini Henry bakal membawa anda meneroka alam semulajadi dalam WITHOUT BOUNDARIES: THE GREAT OUTDOORS!
Jauh dari kesibukan kota Henry bakal membawa penonton bersama-sama untuk menerokai hutan dan menyaksikan keindahan alam semula jadi yang berkonsepkan flora dan fauna. Malaysia dikenali dengan kehidupan flora dan fauna yang unik dan bagi penggemar aktiviti ‘outdoor’, WITHOUT BOUNDARIES: THE GREAT OUTDOORS juga bakal membuka mata penonton untuk mendalami keindahan alam semulajadi di negara ini.
Sudah tiba masanya untuk kita menghargai keindahan alam semula jadi di negara kita dan lari dari kesesakan kota. WITHOUT BOUNDARIES: THE GREAT OUTDOORS bakal mengajak penonton untuk sama-sama meneroka hutan simpan yang telah dipelihara kerana terdapat pelbagai hidupan dan tumbuh-tumbuhan yang tidak terdapat di hutan lain.
Selain daripada menggemari percutian di pulau, Henry juga merupakan seorang yang gemarkan aktiviti lasak. WITHOUT BOUNDARIES kali ini juga bakal menampilkan Henry melakukan pelbagai aktiviti mencabar dan lasak seperti ‘paragliding’ di Bukit Jugra, mendaki Gunung Tahan, Gunung Kinabalu, berkayak, melalui ‘6th Mile Tunnel’ yang dahulu pernah menjadi tempat persembunyian komunis dan juga mempelajari teknik atau ‘skill’ yang sering digunakan oleh orang asli di kawasan tertentu.
Selain itu juga, Henry telah bertemu dengan penduduk etnik Rungus, menjalani aktiviti mencabar ‘4WD adventure’, menjadi sukarelawan di Orang Utan & Sun Bears Conservation dan juga telah mencuba Tongkat Ali untuk pertama kalinya!
Bersedia untuk mengharungi pengembaraan lasak ini dengan keunikan flora dan fauna, tempat dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan dalam WITHOUT BOUNDARIES: THE GREAT OUTDOORS yang akan disiarkan setiap Rabu, jam 9.30 malam bermula 7 Disember 2011 hanya di saluran hip 8TV.
“Bagi penggemar aktiviti ‘outdoor’ dan aktiviti lasak, ini merupakan rancangan yang wajib anda tonton! Kini tiba masanya untuk kita menghargai keindahan alam semula jadi dan juga kehidupan lain yang ada di muka bumi ini. Ikuti Henry Golding dalam siri pengembaraan sukar kali ini yang pastinya berbeza dari sebelumnya!†kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.
Bermula 7 Disember 2011, bersedia untuk mengembara bersama Henry dalam WITHOUT BOUNDARIES: THE GREAT OUTDOORS, setiap Rabu jam 9.30 malam hanya di 8TV. Untuk informasi terkini, anda boleh layari laman sesawang www.8tv.com.my/withoutboundaries. 8TV juga terdapat di saluran Astro 708.
Kini anda boleh menonton rancangan 8TV kegemaran di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts
Host Profile : Henry Golding
Biography:
Henry Golding ialah seorang personaliti TV yang semakin popular di dan menjadi pilihan ramai produser di Asia Tenggara. Dengan memiliki latar belakang Inggeris dan Iban, dia menjalani hidup dengan keseimbangan nilai barat dan budaya timur, dan juga meneruskan minat dalam bidang Pelancongan dan Anthropology. Minat yang mendalam terhadap dua bidang ini membolehkan Henry menyesuaikan diri dengan persekitaran, samada di luar negara menemu bual Ikon antarabangsa atau persekitaran hutan rimba di Borneo.
Sebelum berhijrah ke Asia, Henry merupakan seorang ‘Hair stylist’ di salon terkemuka di kawasan Sloane Square di London barat. Lokasi terkemuka ini menjadikan salon ini sebagai tempat untuk Ikon terkemuka Britain mendapatkan khidmat seperti Kate Middleton dan selebrti seperti Michael Caine, Ivana dan Ivanka Trump.
Selepas 4 tahun bekerja di London, Henry membuat keputusan untuk meneruskan minatnya yang mendalam kepada pelancongan dan dunia hiburan dan telah berhijrah ke Asia. Henry mendapat tawaran pertama selepas hanya 3 bulan berada di Malaysia untuk mengendalikan program siaran lansung 8TV iaitu “The 8tv Quickieâ€. Dalam pada masa yang sama juga, Henry ditawarkan untuk beberapa projek lain 8TV iaitu Motorsports@Petronas, Maybelines Simply Fabulous dan Ultimate Prom Night.
Kerjaya Henry semakin melonjak naik apabila dia di tawarkan untuk menjadi hos untuk rancangan ESPN iaitu Castrol Football Crazy, yang telah disiarkan ke lebih 20 negara di Asia. Rancangan ini telah memberikan Henry peluang untuk melancong ke Madrid sekali gus bertemu dan berlatih dengan pemain bola sepak terkenal, Cristaino Ronaldo dan juga ke Afrika Selatan untuk merasai kehangatan Piala Bolasepak Dunia atau ‘World Cup’ dan menemu bual Arsene Wenger.
Programa baru Henry yang telah disiarkan pada 21 July lepas iaitu “Welcome to the Rail World†merupakan program melancong solo di 9 buah negeri di Malaysia menggunakan kemudahan kereta api untuk menikmati suasana sebenar dan kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia.
TV Shows:
The Rail World 8TV – 2010
ESPN’s Castrol Football Crazy – 2009
Motorsports@petronas -host-2009
Maybeline Model search-host- 2009
8tv’s The Quickie- Host-2008
Ultimate prom night- Judge-2008
Ho Chak- Guest host- 2008
Venus- Guest- 2008
Interviews:
Pussy Cat Dolls-2008
Daughtry-2008
Fall Out Boy-2009
Harlan Fadhilla, motoGP rider- 2009
Liverpool FC vs Singapore 2009
The Saturdays- 2009
Cristiano Ronaldo – 2010
Arsene Wenger- 2010
Emcee jobs:
Adidas Yoga- 2008
MIFA- 2008
Cleo Fashion Rocks- 2008
8tv 5th Anniversary- 2008
Joanne Kam- 2009
Ribena- 2009
Coca Cola camni lah-2009
Adidas 60th Anniversary- 2009
Guinness 250th anniversary- 2009
Adonis Miss Malaysia world- 2009
Tuned into fashion- one Utama- 2009
Adidas collection 2009
Levis lady style – 2009
Harpers Bazaar – 2009
Monash Ball 2009
ESPN Grandstand Vietnam – 2010
ESPN Grandstand Kuala Lumpur – 2010
Relevant Exposure and experience:
Coca Cola- Main-2008
Tic Tac- Main- 2008
Celcom- Main-2008
Prego pasta- main-2008
Shangri la internal promo- main-2008
Uberman- Main and Face for Product including Hair, Facewash and Deodorant – 2008
Levis- Main-2008
Cadbury’s chocolate-2009
Mobily, Dubai 2009
Levi’s imprint and accelerate campaign- 2009
Johnny Walker Don’t drink and drive campaign- 2009