in

Henry Golding Jadi Duta Dashing For Men Skin Defence System

Dashing For Men Skin Defence System

Rejim Pertahanan Kulit Unggul untuk Lelaki Berkeyakinan

Adakah anda sedang mencari pautan keyakinan diri yang telah lenyap? Kembalikan keyakinan, penuhi keinginan dan pertingkatkan penampilan anda dengan kulit yang lebih sihat dan bertenaga. Jenama dandanan diri yang popular buat golongan lelaki di Malaysia, Dashing For Men dengan bangganya memperkenalkan rangkaian baharu dalam deretan produk penjagaan kulit mereka, “Dashing For Men Skin Defence System”. Ia disasarkan khusus untuk jejaka zaman ini yang ingin menyerlahkan keyakinan dalaman.

Henry Golding Jadi Duta Dashing For Men

Lelaki dalam era ini mula menyedari kepentingan penjagaan kulit. Mereka mudah berasa tidak selesa dan rendah diri apabila kulit berada dalam keadaan berminyak dan tidak sekata. Kaum Adam juga percaya bahawa kulit bebas minyak, licin, senada dan tampak muda tidak hanya penting bagi penampilan fizikal namun berguna dalam menggerakkan emosi. Memiliki keyakinan ibarat pakej lengkap bagi seorang lelaki moden. Pengarah Urusan Unza (M) Sdn. Bhd. Kumar Chander berkata: “Jika kulit seseorang berminyak, kusam dan tidak bermaya, ia sudah tentu memberi kesan kepada keyakinan diri saat berkomunikasi bersama individu lain yang berada pada peringkat yang sama.”

“Dashing Skin Defence System memahami keperluan lelaki moden. Penciptaan produk-produk ini bukan sahaja membuktikan perbezaan kulit lelaki dan perempuan tetapi dalam kebanyakan kes, kulit lelaki lebih mudah terdedah pada situasi pencemaran dan kerosakan yang lebih tinggi. Hal ini mendorong penghasilan produk yang mampu memberikan kawalan minyak untuk tempoh panjang, mencerahkan dan meratakan tekstur kulit. Ia turut mengambil kira jenis-jenis kulit secara spesifik dan masalah-masalah biasa seperti jerawat, kawalan minyak dan lain-lain,” tambah Kumar.

Dashing Skin Defence System menawarkan dua produk utama iaitu Dashing For Men Whitening Oil Control Cleanser and scrub dan Dashing For Men Face Moisturizer with SPF 23 UV protection. Ia diformulasikan dengan mineral mikro yang memerlukan penggunaan singkat selama dua minit.

Pencuci muka dan scrub dicipta dengan bahan bebas minyak dan menjadikan kulit bersih dan licin. Sementara itu, pelembap rangkaian ini memiliki sistem kawalan minyak dan perlindungan SPF 23 bagi mengelakkan kerosakan kulit wajah akibat sinaran matahari. Bagi lelaki yang mahukan pengawalan minyak lebih lama, pelembap dengan kawalan minyak 48 jam turut disediakan.

Henry Golding Jadi Duta Dashing For Men

Produk-produk ini diuji ke atas 100 pengguna secara rawak. Keputusan yang diperoleh selepas dua minggu amat mengagumkan.

• 96% responden mendapati kulit mereka kurang berminyak.
• 94% responden melihat kulit mereka lebih sekata.
• 90% responden mendapati kulit mereka lebih cerah dan bersih.

“Dashing cuba mendidik lelaki tentang kepentingan menjaga kulit sekali gus meningkatkan keyakinan. Secara amnya, lelaki gemarkan sesuatu yang ringkas dan disebabkan itu kami mencipta rangkaian produk yang mudah digunakan serta spesifik untuk kulit mereka,” jelas Kumar.

Sebagai salah satu produk dandanan diri lelaki yang menjadi pilihan utama jejaka Malaysia, Dashing For Men telah melantik Henry Golding sebagai jurucakap baharu. Henry dilihat sebagai figura yang cukup sempurna bagi melambangkan identiti Dashing. Dasar asas Dashing yang difokuskan kepada keyakinan sebagai pemimpin, melakukan perkara luar biasa dan mencapai kemampuan di luar potensi diri ternyata wujud dalam perwatakan Henry yang mempunyai keseimbangan dari segi paras rupa dan keyakinan dalaman.

Rangkaian produk Dashing Skin Defence System boleh ditemui di kesemua pasar raya utama dan farmasi seluruh Malaysia.

Rangkaian Dashing For Men Skin Defence System:

1. WHITENING OIL CONTROL CLEANSER & SCRUB 50g – RM7.90 100g – RM14.90

• Mengandungi Vitamin C dan B3 bagi mencerahkan dan meratakan ton kulit.

• Membuka sekatan pori-pori, menyingkirkan kekotoran, bintik hitam dan sel kulit mati.

• Menghapuskan sebum berlebihan dan mengawal penghasilan minyak bagi mengelakkan pembentukan jerawat dan akne.

• Kaya dengan mineral mikro, antioksidan yang kuat bagi mengembalikan dan mempertingkatkan pertahanan kulit daripada kekotoran dan sinaran ultraviolet (UV). Ia mengandungi mentol untuk pengalaman pencucian ekstra sejuk dan menyamankan.

2. DAILY FOAM SCRUB 100 g – RM 13.90

• Buih sabun scrub harian bertujuan membuka sekatan pori-pori dan menyingkirkan kekotoran, bintik hitam serta sel kulit mati.

• Menghapuskan sebum berlebihan dan tidak kering pada kulit.

• Kaya dengan mineral mikro, antioksidan yang kuat bagi mengembalikan dan mempertingkatkan pertahanan kulit daripada kekotoran dan sinaran UV. Ia mengandungi mentol untuk pengalaman pencucian ekstra sejuk dan menyamankan.

3. OIL CONTROL & ANTI-ACNE FACE WASH 50g – RM6.90 & 100g – RM12.90

• Menghapuskan sebum berlebihan dan mengawal penghasilan minyak bagi mengelakkan pembentukan jerawat dan akne.

• Menyingkirkan kekotoran dan mengandungi ejen antibakteria bagi mengawal penghasilan bakteria penyebab akne.

• Kaya dengan mineral mikro, antioksidan yang kuat bagi mengembalikan dan mempertingkatkan pertahanan kulit daripada kekotoran dan sinaran UV. Ia mengandungi mentol untuk pengalaman pencucian ekstra sejuk dan menyamankan.

4. WASH & SHAVE CLEANSER 50g – RM6.90 & 100g – RM12.90

• Buih sabun yang memiliki aksi berganda ini menyingkirkan kekotoran dan melembapkan kulit untuk percukuran yang lebih kemas.

• Menghapuskan sebum berlebihan.

• Kaya dengan mineral mikro, antioksidan yang kuat bagi mengembalikan dan mempertingkatkan pertahanan kulit daripada kekotoran dan sinaran UV. Ia mengandungi mentol untuk pengalaman pencucian ekstra sejuk dan menyamankan.

Henry Golding Jadi Duta Dashing For Men

5. WHITENING OIL CONTROL SPF 23 MOISTURISER 33 ml – RM30.90

• Memberikan kulit perlindungan kawalan minyak secara menyeluruh selama 24 jam.

• SPF 23 melindungi kulit daripada UVA dan UVB serta menyekat pembentukan bintik-bintik gelap.

• Mencerahkan dan meratakan ton kulit.

• Ia ringan, tidak berminyak dan menyerap dengan pantas bagi penghidratan yang lebih panjang.

• Mengawal pembentukan minyak sekali gus menjadikan kulit lebih bersih.

• Kaya dengan mineral mikro, antioksidan yang kuat bagi mengembalikan dan mempertingkatkan pertahanan kulit daripada kekotoran dan sinaran UV. Ia mengandungi mentol untuk pengalaman pencucian ekstra sejuk dan menyamankan.

• Sesuai untuk semua jenis kulit.

6. 48-HOUR OIL CONTROL MOISTURISER 50 ml – RM 13.90

• Ia ringan, tidak berminyak dan menyerap dengan pantas bagi penghidratan serta menjadikan kulit kurang berminyak.

• Mengawal pembentukan minyak dan sesuai untuk kulit muka yang mudah ditumbuhi jerawat.

• Memberi kulit keselesaan dan rasa nyaman selepas bercukur.

• Kaya dengan mineral mikro, antioksidan yang kuat bagi mengembalikan dan mempertingkatkan pertahanan kulit daripada kekotoran dan sinaran UV. Ia mengandungi mentol untuk pengalaman pencucian ekstra sejuk dan menyamankan.

DASHING FOR MEN – SKIN DEFENCE SYSTEM kini berada di semua pasar raya utama dan farmasi seluruh negara.

Henry Golding Jadi Duta Dashing For Men

Henry Golding Jadi Duta Dashing For Men

Henry Golding Jadi Duta Dashing For Men

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Peraduan Chief Official Correspondent

Program Hiburan dan Info IT Temui Penonton Remaja