in , ,

Yang Menarik Tentang Program Bual Bicara HELO DOKTOR

Program Bual Bicara Helo Doktor Membincangkan Isu Keibubapaan Bersama Pengacara Yasmin Hani siaran Langsung Pada Setiap Hari Jumaat, 11.30 Pagi di TV3

Seiring dengan perubahan zaman, ibu bapa masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam membesarkan dan mendidik anak-anak mereka. Bagaimanakah ibu bapa mengawal anak-anak tanpa membuatkan mereka rasa dikongkong kerana perkembangan berlaku sangat pantas dalam zaman teknologi maklumat sekarang?

Berkonsepkan santai dan ceria, program bual bicara terbaharu di TV3, Helo Doktor menampilkan seorang selebriti popular dan ibu muda, Yasmin Hani sebagai hos untuk berkongsi ilmu keibubapaan dengan pakar-pakar dan pasangan selebriti sepanjang 10 episod, bersiaran secara langsung dari Studio 1, Glenmarie pada setiap hari Jumaat, pukul 11.30 pagi bermula 2 Mac 2018.

Yasmin Hani, hos Helo Doktor

Helo Doktor membincangkan topik yang berlainan pada setiap episod dengan tetamu – tetamu undangannya. Episod pertama menampilkan seorang pakar keluarga & kasih sayang iaitu Profesor Dr. Rozieta Shaary ataupun lebih mesra dengan panggilan sebagai Ibu Ros, dan Yana Samsudin sebagai tetamu. Mereka membincangkan topik ‘Anak-anak di Media Sosial’ dengan mengenal pasti faktor dan masalah berkaitan pengeksploitasian anak-anak di media sosial oleh ibu bapa dan anak-anak sendiri yang kini cenderung menyalahgunakan media sosial seterusnya memberikan nasihat dan penyelesaian terbaik.

Episod kedua pula menjemput Pakar Psikologi Klinikal Kanak-kanak merangkap Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan, Universiti Malaya, Dr. Noor Aishah Rosli dan Sazzy Falak untuk topik ‘Kecil-Kecil Dah Stress’. Aktiviti anak-anak hari ini yang begitu padat mungkin menjadi salah satu sebab mereka terlepas peluang untuk menikmati zaman kanak-kanak. Adakah ia keperluan atau sekadar obsesi ibu bapa semata-mata?

Ketika Helo Doktor bersiaran langsung, penonton boleh membuat panggilan telefon ke studio untuk bertanya kepada pakar kekeluargaan. Pada setiap hari Khamis sebelum episod baharu bersiaran pada keesokan harinya, laman Facebook TV3 Malaysia akan memuat naik poster yang menguar-uarkan tajuk minggu itu. Penonton juga digalakkan berkongsi pendapat ataupun membuat pertanyaan di situ.

Seterusnya, Helo Doktor akan membincangkan isu-isu menarik seperti perbezaan antara sentuhan kasih dan sentuhan berbahaya, anak-anak syurga, ibu bapa tunggal, anak-anak cerewet dalam pemakanan dan kepentingan ibu bapa untuk bijak menangani tekanan.

Untuk maklumat terkini, layari laman web www.tv3.com.my dan ikut laman sosial Facebook, Twitter, Youtube, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan juga Instagram rasmi Inspirasi Hidupku iaitu @inspirasihidupku. Muat turun aplikasi tonton dari App Store & Google Play hari ini atau layari www.tonton.com.my untuk menonton program ini.

Yasmin Hani, hos Helo Doktor (pix 2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem UNSANE

Fazley Terima Anugerah Usahawan Bakat Khas The ONE Awards 2018