Salam semuaaaaaaa, Ekoran daripada Blog Infotainment yang mengalami sedikit masalah ketika loading, ianya lembap macam siput, maklumlah Budiey guna pun hosting free, so thats why ia sangat lambat. Jadi, saya telah memutuskan untuk melakukan satu perubahan sempena 2007 ini dengan mengelolakan sebuah portal baharu dan diharapkan portal ini dapat bertahan walaupun arus teknologi sosial media kian berkembang dari hari ke hari! Semoga dengan platform baru dan juga web hosting khas untuk blog ini menyenangkan anda untuk melawatnya.
Revolusi Blog Budiey
Maka, pada hari ini 7 Januari 2007 lahirlah blog budiey.com dengan tagline “Sensasi Selebriti” yang pada saya agak sukar untuk dijelmakan pada peringkat awalnya. Namun, dengan usaha yang tekun, saya telah berjaya mempelajari sistem baru dengan menggunakan WordPress sebagai enjin untuk blog ini.
Berbeza dengan blogdrive dan blogger, WordPress memerlukan sedikit masa untuk saya terus mempelajari sesuatu yang baru. Saya suka dengan benda-benda baru. Eksplorasi dan dedikasi itu penting dalam hidup seorang blogger, betul tak?
Mengapa Memilih Infotainment & Gaya Hidup?
Mengapa memilih genre hiburan, infotainment dan gaya hidup? Saya memilih untuk meneruskan penulisan tentang dunia hiburan kerana ianya menjadi minat saya untuk bersuara melalui tulisan dan melontarkan pandangan tentang dunia hiburan semasa.
Oleh itu, saya akan terus meningkatkan lagi mutu serta gaya penyampaian demi memantapkan blog ini. Dengan itu, Budiey ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan serta sambutan yang begitu menggalakkan dari anda semua.
Semoga dengan berpindah ke blog baru ini, bakal menyuntik satu pembaharuan, gaya ulasan yang lebih segar dan lebih memberi kepuasan buat anda pembaca budiman.
Jangan Segan Untuk Datang Lagi!
Jangan malu-malu untuk menulis komen dan melontarkan kata-kata anda di sini. Segala komentar yang anda berikan, sememangnya saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Blog ini telah diaktifkan pada 7 Januari 2007, hari Ahad.
Motif nak letak gambar bersama retis di sebuah anugerah? Haha, ini impaknya menjadi seorang blogger hiburan. Senang nak bertemu dengan artis. Malah sekarang dah jadi jemu, asyik jumpa artis je kerjanya. Mahu menjadi seorang blogger hiburan? Jom jadi protege Budiey, jom!