Ramai yang terkejut apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan Hari Raya Aidilfitri disambut umat Islam di Malaysia esok.
Ia susulan ramai yang menjangkakan tarikh Hari Raya Aldifitri jatuh pada 3 Mei ini.
Tinjauan di media sosial mendapati ramai yang kelam-kabut dan mula menaikkan status di media sosial masing-masing bertanya antara satu lain bagi mendapat juadah untuk hari raya.
Selain, juadah ada yang menyatakan belum bersedia mengosok dan memasang butang baju raya.
Bagaimanapun, dalam keadaan kelam-kabut itu, ada juga pengguna Facebook yang menawarkan daging lembu yang akan disembelih malam ini.
Terdapat juga dalam kalangan warganet yang memuat naik status baru mengemas pakaian untuk bertolak ke kampung, termasuklah pasangan selebreti Heliza Helmi
Menurut Heliza Helmi, dia dan suami baru sahaja pulang dari Madinah. Terkejut dengan pengumulan raya awal, beliau dan suami terus kemas beg umrah dan gantikan dengan barang raya.
Walaupun tekak dan badan dah demam, mereka telah membuat keputusan untuk pulang pada malam ini juga
Jam menghampiri 12 pagi, mereka bergerak menjuju ke Pulau Pinang, tapi apa yang menyedihkan, baju dan kasut raya tertinggal
“Esok ada kedai bukak ke nak beli kasut” soal Heliza Helmi kepada pengikut ig beliau
Rata-rata peminat mendoakan keselamatan perjalnan pulang Heliza dan Suami ke kampung halaman
“Patut minta pilot tadi landing Penang terus baru cantik.” komen seorang netizan
“Saya pkai selipar jepun je kak ja pergi solat Hari raya esok”
“Semoga selamat sampai”
Rakyat Malaysia akan bersama-sama Indonesia, Thailand dan Arab merayakan Aidilfitri pada Isnin tetapi negara jiran Singapura mengumumkan republik itu akan menyambut 1 Syawal 1443H/2022 pada 3 Mei