in , ,

Haziq Rosebi & Meera Mahu TANDAK LEBARAN Kekal Jadi Lagu Evergreen

Nyanyian Haziq turut diperindahkan lagi oleh guru seni muzik di sebuah sekolah utara Malaysia iaitu Cikgu Merra atau lebih mesra dengan panggilan Meera.

Haziq AF4 atau Hazwan Haziq Rosebi, 34 dikatakan bagai kembar seiras dengan Allahyarham Datuk Ahmad Jais kerana persamaan daripada segi vokalnya. Bakat dan kebolehan Haziq, dahulunya telah melayakkan beliau menjadi seorang daripada 12 pelajar AF4. 

Untuk meneruskan karier beliau, pihak produksi telah memilih Haziq sebagai penyanyi bagi sebuah lagu raya aidilfitri bertajuk TANDAK LEBARAN Ini bagi memeriahkan sambutan hari raya tahun 2022, setelah 2 tahun menghadapi pandemic Covid-19. 

Selain mempunyai single raya terkininya yang bertajuk Tandak Lebaran, Haziq giat membuat persembahan-persembahan di luar seperti Majlis Makan Malam, dan Majlis Persandingan . Beliau juga memaklumkan aktif membuat video di Tiktok kerana di situ masih ada yang meminati irama tradisional .  

Meera_2
Meera ATAU Cikgu Ameera bergiat aktif dalam nyanyian sejak zaman belajar. 

Meera, 30 tahun dikatakan selain mengajar di sekolah, beliau berkebolehan dalam nyanyian, antaranya dalam pertandingan Syair antarabangsa di Indonesia dan secara langsung dengan JKKN Negeri Perak . Meera berkata, “Saya rasa seronok apabila hendak buat rakaman lagu ini apatah lagi bergandingan dengan Haziq walaupun cabaran nya saya perlu turun ke Melaka dari Kedah namun semuanya berjalan lancar tambahan Haziq pula seorang yang happening.’’

Lagu TANDAK LEBARAN ini merupakan ciptaan Fauzi Mohammad, juga merupakan seorang pemuzik hebat dari Negeri Melaka. Beliau bertugas di Briged Seni Melaka sebagai pemusik. Dengan kebolehan bermain berbagai alat muzik, beliau mengunakan kesempatan itu untuk mencipta lagu berirama tradisional melayu. Selain lagu Tandak Lebaran, Fauzi Mohamad juga adalah komposer bagi lagu lain iaitu SENANDUNG ANAK MELAKA (Yasser Fikri) dan juga TAMBATAN JIWA  (Khaliza Putri / Nabila). 

Manakala tugasan menulis lirik disempurnakan oleh Siso Kopratasa yang merupakan seorang penulis lirik terkenal, Siso seperti kita semua tahu banyak menulis lirik lagu raya. Menurut Siso, lirik lagu raya Tandak Lebaran ini agak lain sedikit olahannya. Ini kerana Siso telah memasukkan suasana pendemik , endemic dan ekonomi semasa dalam penceritaannya. Terdapat juga unsur nasihat secara am untuk kita semua bagi menyambut hari raya tahun ini.

Haziq Af

Haziq berkata “Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak produksi kerana telah memberi peluang dan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk single raya ini bersama Cikgu Ameera, saya berharap lagu ini kekal evergreen dan menjadi siulan serta bualan orang ramai. Saya nak lagu ini bukan saja hits 1 atau 2 tahun , malah menjadi  hit sepanjang masa. Saya mendoakan agar lagu ini memberi manfaat kepada semua yang mendengar,”

Lagu TANDAK LEBARAN ini telah meriliskan video muziknya di saluran Youtube Buana Rama Records untuk ditonton orang ramai di musim perayaan ini dan secara jualan digital di platform streaming dan itunes.

Cikgu Meera
Seorang guru mengajar  pendidikan muzik sek rendah. Asal Kodiang, kedah.

Semoga lagu ini mendapat sentuhan di hati peminat di seluruh Malaysia dan menarik perhatian generasi baru juga dalam kemeriahan kita menyambut kehadiran Aidilfitri pada tahun ini dalam suasana norma baharu hidup ini ! 

Sekian, terimakasih. Selamat Hari Raya ! 

Tandak Lebaran 

Haziq Af & Meera

Lagu : Fauzi Mohamad

Lirik : Siso Kopratasa

Hakcipta : Luncai Emas Sdn Bhd

Label Edaran : Buana Rama Records

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trisyia Azman Lancar Single Pertama Berjudul BERKASIH DALAM LARANGAN

Baja Milagro Bukan Sekadar Dijual, Malah Mendidik Manusia Hidup Sihat