Hazwan Haziq Rosebi, 36 tahun, atau lebih dikenali sebagai Haziq, mendedahkan bahawa masalah ini bermula sejak zaman sekolah kerana dia pernah menjadi mangsa buli.
“Saya suka pakai kaca mata hitam ketika beraksi atau berhadapan dengan orang ramai. Saya tak suka pandang mata orang secara terus. Kaca mata hitam memberi keselesaan kepada saya. Walaupun sudah lama dalam industri nyanyian, perasaan gelisah itu sentiasa ada.
– Haziq Rosebi
Malah, hari ini ketika berjumpa wartawan pun, saya masih berasa gelisah. Itulah sebabnya saya jarang menghadiri acara bertemu media,”
Menurut Haziq semasa ditemui pada sidang media Konsert Simfoni Budaya Keroncong Dan Ghazal.
Menurut Haziq, masalah ini berakar dari pengalaman buli semasa sekolah, yang turut membawa kesan sehingga dewasa. Dia turut berkongsi bahawa dia pernah mengambil ubat untuk mengendalikan kebimbangan beberapa tahun lalu, tetapi kini dia bersyukur kerana tidak perlu lagi mengambil ubat tersebut.
“Sekarang saya hanya minum kopi setiap pagi untuk mengatasi kebimbangan. Tetapi saya tidak boleh minum kopi selepas pukul 3 petang kerana ia boleh menyebabkan saya rasa gelisah dan sulit tidur pada malam hari,”
Haziq juga mengakui bahawa masalah ini membuatkan tangannya gemetar semasa memegang mikrofon, terutama ketika membuat persembahan di Akademi Fantasia. Walau bagaimanapun, cinta terhadap seni nyanyian tetap membakar dalam dirinya, dan kerjayanya semakin bersinar sejak kejayaan lagu ‘cover’ Lemak Manis pada tahun lepas.
Walaupun menghadapi cabaran dalam berinteraksi secara langsung atau dalam media sosial seperti TikTok, Haziq berusaha untuk mengawal dirinya. Walau menjadi penyanyi yang sering membuat persembahan di istana dan dihadapan kerabat diraja, dia tetap berjuang untuk mengatasi rasa gemuruh dan kebimbangan yang dialaminya.