Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) keempat, Haziq Rosebi menyambut anak lelaki sulung pada jam 12.49 pagi tadi, sekali gus menjadi hadiah istimewa sempena sambutan Aidiladha.
Haziq yang berkahwin dengan Maisarah Mohd Sidki pada September tahun lalu, berkongsi berita gembira itu di laman Instagram sebentar tadi.
Bagaimanapun gambar bayi lelaki itu tidak ditunjukkan secara jelas. Bayi berkenaan dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Putrajaya dengan berat 2.87 kilogram.
“Maaf sangat tak dapat tunjuk muka anak kerana isteri tak izinkan dulu untuk tempoh seminggu dari tarikh kelahirannya,” kata Haziq.
Menurut Haziq, mengikut jangkaan doktor, bayinya dijadualkan lahir pada 23 September ini.
“Tapi anak saya lahir awal. Perancangan Allah kita tak pernah tahu. Alhamdulillah. Terima kasih Allah di atas kurniaan indah ini,” katanya.
Sumber: Berita Harian