Kemalangan yang berlaku pada tahun 2019 hampir mengakibatkan sebelah kaki beliau dipotong telah menimbulkan rasa keinsafan dalam diri Haziq dan bersyukur akan nikmat yang Allah kurniakan sebelum ini.
“Alhamdulillah, kerana Allah makbulkan doa saya dan mama, saya amat takut waktu itu bila dapat tahu bahawa kaki saya akan dipotong, saya bersyukur kerana ada mama yang kuat dan berusaha menghalang dari kaki saya dipotong, jika tidak saya tak tahu apa nasib saya sekarang”
“Ya memang pihak hospital minta saya sign borang kebenaran untuk potong kaki haziq, tetapi saya sempat melakukan solat hajat dan mohon keajaiban dari Allah agar ada jalan lain dan kaki anak saya tak dipotong, syukur kerana Allah bagi kekuatan pada saya setelah itu untuk menghalang dari kaki Haziq di potong” – kata Linda Eva
Sepanjang tempoh itu Linda berkata beliau memang melihat sendiri bagaimana Haziq melalui fasa tekanan perasaan yang mendalam mengenang nasibnya yang mungkin tidak akan berjalan lagi seperti biasa.
“Sebagai ibu saya tak sanggup tengok anak saya begitu, air mata tak henti mengalir, dan saya tak putus berdoa setiap kali lepas solat supaya Allah sembuh kan Haziq. Tambahan pula dia terlalu muda. Dan saya selalu ingatkan Haziq, hanya semangat dan kekuatan dalaman beliau sendiri yang dapat bantu dia untuk sembuh, selain jangan putus berdoa”
DISEMBER 2020 merupakan lembaran baru dalam hidup Haziq. Beliau yang sebelum ini hampir putus harapan kini KEMBALI TERSENYUM. Kembali menyanyi dan berada atas pentas merupakan salah satu dari doa beliau sewaktu terlantar kesedihan.
“Syukur Alhamdulillah, berkat doa Mama dan kerana dorongan dan semangat yang beliau berikan setiap hari, kini saya mampu berdiri dan berjalan. Dan saya mampu untuk meneruskan kerjaya saya sebagai anak seni. Terima masih mama. Haziq sayang Mama” kata Haziq
KEMBALI TERSENYUM – single solo pertama Haziq akan dilancarkan di semua saluran muzik online dan muzik video akan dilancarkan serentak di saluran youtube FMC MUSIC mulai jam 8 malam 11hb Disember 2020
Kelainan kali ini selain Haziq sudah bergerak secara solo dan tidak lagi bersama Putera Band, Lagu KEMBALI TERSENYUM ini merupakan genre muzik yang memang Haziq impikan.
“Kalau sebelum ini bersama Putera Band saya tidak bebas untuk memilih apa yang saya mahukan, tetapi kali ini saya dapat muzik yang saya suka. Terima kasih kepada Haqiem Rusli kerana buat lagu yang best untuk saya”
Lagu dan Lirik dalam lagu ini memang saya minta Haqiem buat tentang kisah saya, di mana sewaktu saya terlantar tidak berdaya lagi untuk berdiri, saya Terpaksa singkirkan orang yang saya sayang, kerana saya tak mahu dia terbeban dan rasa malu dengan keadaan saya yang sudah tidak boleh berjalan waktu itu, dan saya luahkan juga kisah itu di dalam muzik video KEMBALI TERSENYUM”
KEMBALI TERSENYUM lagu ciptaan sepenuhnya oleh Haqiem Rusli. Menurut Haqiem
“Apa yang membuatkan saya setuju buat lagu untuk Haziq ialah kerana saya boleh lihat potensi yang ada pada diri beliau untuk terus berjaya bila dia bergerak secara solo. Tambahan pula bila saya diminta tulis lirik lagu yang berkisar tentang kisah benar yang dia lalui, itu lebih buat saya berminat untuk tulis dan cipta lagu ini – kembali tersenyum”
“Actually mama yang tolong sampaikan hajat saya pada FMC dan Haqiem agar Haqiem dapat ciptakan sebuah lagu dan lirik yang berkisahkan tentang saya, terima kasih Haqiem sudi buat lagu untuk saya”
“Saya amat berharap single solo saya ini dapat mengubat segala kesedihan yang saya lalui, bukan sahaja tentang kemalangan itu, tetapi juga tentang kisah insan yang saya sayang. Saya telah mengasari insan itu hanya kerana kecewa dengan keadaan diri saya. Moga peminat terus setia bersama saya dan menyokong lagu ini dan kerjaya saya”.