in ,

Hazama Rasa Dirinya Sangat Kerdil di Konsert 5 Divo

Tahun 2016 pastinya menanti dengan pelbagai acara konsert walaupun negara mengalami kemerosotan ekonomi dan juga pelbaga ancaman. Namun, segala itu tidak menghalang untuk penganjuran konsert berskala mega seperti Konsert 5 Divo.

Menariknya konsert yang menggabungkan lima orang penyanyi muda berjiwa besar yang cukup berbakat ini ialah mereka akan bergabung dan berduet mendendangkan lagu-lagu berirama cinta yang cukup sweet!

Untitled

Hazama Rasa Dirinya Sangat Kerdil di Konsert 5 Divo

[dropcap]P[/dropcap]ada 20 Januari lalu, Budiey telah singgah di KLGCC untuk bertemu dengan Afgan dan Hazama yang menjadi penyanyi untuk menyempurnakan Konsert 5 Divo. Berpeluang menemubual kedua-dua artis ini untuk sesi rakaman video di Youtube Channel Budiey.com, Budiey kira mereka kini sedang giat berlatih untuk memuaskan hati pembeli tiket khususnya peminat mereka.

Di samping itu, dia juga memberikan tumpuan pada latihan dan persiapan konsert 5 Divo yang bakal berlaangsung pada 13 Februari. Konsert anjuran LOL Entertainment itu turut menampilkan empat lagi penyanyi iaitu Hafiz, Taufik Batisah, Afgan dan Judika.

Mengulas mengenai pemilihannya menjayakan konsert bersakal besar itu, Hazama berkata dia berbesar hati menerima tawaran tersebut dan tidak mahu mensia-siakan peluang itu apatah lagi bakal membuat persembahan dengan barisan penyanyi hebat dan popular bukan saja di Malaysia tetapi di Indonesia dan Singapura.

Pentas kali ini juga dianggap sebagai medan mencabar dirinya dan menguji kekuatan mentalnya.

“Alhamdulillah, tawaran dan rezeki saya awal tahun ini tidak putus. Walaupun terpaksa memberi tumpuan pada banyak perkara dalam satu masa tapi saya cuba memberikan komitmen sebaiknya.

“Ini konsert besar pertama saya. Peluang macam ni susah nak dapat dan pihak penganjur nampak kredibiliti saya untuk jayakan konsert ini.

“Tambahan saya digandingkan dengan empat penyanyi hebat Asia. Bahkan mereka semua sudah menang anugerah sedangkan saya belum lagi ada apa-apa pengiktirafan yang besar. Jadi saya jadikan pentas kali ini untuk mencabar diri saya sendiri untuk memberikan persembahan yang mantap.

“Selain saya juga akan menyanyi secara medley bersama Judika. Untuk konsert kali ini, saya juga akan jadi lagi kacak lah nanti.”

Kepada pembaca Budiey.com yang nak tiket Konsert 5 Divo jangan lupa untuk menyertai peraduan menang tiket yang akan disiarkan nanti.

Kepada anda yang nak beli tiket, apa kata layari sekarang: www.ticketpro.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vicha SayWho Bermadu Dalam Telemovie 3 KALI SAYANG

Mega Bazaar Hijra di Mid Valley Exhibition Centre