Selepas dua tahun pandemik seluruh dunia, Hausboom Music 2022 kini kembali. Sidang media yang berlangsung di Finch, Kuala Lumpur pada jam 3 petang, diacarakan oleh Brother Big telah menampilkan lebih dari 12 barisan artis sepanjang acara.
Hausboom Music 2022 membawakan pengalaman konsert bertaraf dunia khas buat penggemar muzik Rock, Ska, Reggae, Indie, dan Hip Hop dengan harga tiket yang mampu beli. Semuanya di bawah satu konsert, satu jenama dan menjadi satu malam festival muzik terbesar tahun 2022.
Menggabungkan artis lagenda dan baru terkemuka tanah air, Konsert Hausboom Music 2022 kali ini bakal berlangsung pada 1 Oktober 2022 di MAEPS Serdang (Malaysia Agro Exposition Park Serdang) mulai jam 1 petang hingga lewat malam.
Pada konsert Hausboom Music 2019, seramai 12,000 peminat muzik telah membanjiri MIECC bagi menyambut 10 barisan artis terkemuka dan menjadi bualan ramai selama seminggu kemudiannya.
Namun pada tahun ini, lebih 12 barisan artis akan memeriahkan konsert Hausboom Music 2022. Barisan artis-artisnya adalah; Hujan, Wings, Ruffedge, Joe Flizzow, Bunkface, Masdo, ForceParkBois, Chronicalz, Iqbal M., Budak Nakal Hujung Simpang, Kapow dan Banyak Bunyik Republik.
Menurut pengasas Hausboom, Encik Azri Zahier Azmi atau lebih dikenali dengan nama John Lemon, memberitahu, “Dengan hanya satu tiket, penonton diberikan pengalaman untuk menyaksikan 11 barisan artis lokal terkenal, pada 1 Oktober.
Sebagai usaha untuk menghargai setiap sokongan yang kami terima daripada peminat muzik dan semangat pembeli-pembeli tiket, pihak Hausboom akan memastikan setiap yang hadir akan merasakan satu pengalaman konsert yang tidak akan dapat dilupakan.
Saya rasa macam nak tambah lagi barisan artis sebab nak bagi yang terbaik buat penonton yang rindukan Hausboom Music, yang dah pernah sokong kami pada tahun 2019 dan disebabkan itu kami tambah, BUNKFACE sebagai ‘surprise lineup’!
Satu lagi berita gembira dari kami, tiket sudah mula dijual kepada mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas.” John Lemon mengumumkan di majlis sidang media tempoh hari.
Terima kasih buat para penaja Hausbooom Music 2022, NASTY WORLDWIDE, PASTA PANAS, KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA (MOTAC), MAMEE, SVG, HIKARI RIDERS, TICKET2U dan juga OH MOST WANTED.
Tiket telah dijual pada 1 Ogos tempoh hari dan beberapa kategori telah habis terjual. Antaranya adalah kategori General (Early Bird) dan VVIP.
Tiket dengan kategori “General” dan “Rockzone” dengan harga RM 130 dan RM 180, masih lagi boleh dibeli di laman web rasmi Ticket2u.
www.ticket2u.com.my/hausboommusic
Laman Sesawang Hausboom :
Facebook :
https://www.facebook.com/hausboom/
Instagram :