in ,

Hatta Dolmat Lancar Wedding Collection 2016 Déesse de L’or

Warna keemasan pasir gurun telah menjadi inspirasi disebalik koleksi wedding Hatta Dolmat pada tahun ini yang mana terhasilnya nama koleksi Deessi de L’or yang membawa erti Dewi Emas atau Goddess of Gold dalam bahasa Inggeris. Kelembutan dan keperkasaan pasir emas gurun adalah contoh sempurna wanita-wanita yang tercipta di zaman ini.

Hatta Dolmat Lancar Wedding Collection 2016

Hatta Dolmat Lancar Wedding Collection 2016 Déesse de L’or

[dropcap]B[/dropcap]erani dalam masa yang sama masih jelas kelembutan. Rekaannya yang simple tetapi terdapat elemen-elemen yang mengejutkan dan butiran-butiran yang dihasilkan secara terperinci sebagai signature style pereka seharusnya digayakan oleh bakal-bakal pengantin wanita di era ini di hari bersejarah mereka.

Koleksi Deessi de L’or ini merupakan koleksi wedding terbaru dari Hatta Dolmat dan di reka khas untuk hari perkahwinan. Bahan-bahan, jenis kain dan butiran perhiasan yang digunakan untuk koleksi ini yang dipilih teliti dan kualiti terbaik untuk menggambarkan kesempurnaan dan kecantikkan pasir emas gurun.

Antaranya adalah lace, tulle, kain bergemerlapan dan tona warna yang digunakan adalah tona warna neutral atau natural untuk memaparkan elemen gaya modern western.

Hatta Dolmat Lancar Wedding Collection 2016

Kreativiti yang Hatta Dolmat punya, membenarkan koleksi ini untuk mempunyai pelbagai jenis potongan baju yang menarik dan bersesuaian untuk bakal pengantin wanita sepeti gaun potongan duyung, gaun potongan ballgown, potongan tangan flair, dan juga ropol. Potongan-potongan ini akan menyerlahkan lagi kecantikkan seseorang wanita dengan sempurnandan dapat juga memberikan keyakinan pada bakal-bakal pengantin di luar sana.

Bagi yang gemar potongan moden dan suka mengikuti trend, bangsa apa sekalipun, melayu, cina, atau pun india, inilah koleksi yang wajib anda gayakan pada hari perkahwinan anda.

Koleksi yang telah dilancarkan ini juga menawarkan diskaun sebanyak 10% kepada 20 bakal pengantin yang pertama!

Hatta Dolmat Lancar Wedding Collection 2016

STANDARD PACKAGE promosi :-

Set Tunang (Dress/Kurung Modern + Baju Melayu + Kasut)
Set Nikah (Baju Kurung Modern + Baju Melayu + Kasut + Shawl + Veil)
Set Resepsi (Wedding Dress + Suit ATAU Baju Melayu Tailored + Kasut + Veil)

EXCLUSIVE PACKAGE promosi :-

Set Tunang (Dress/Kurung Modern + Baju Melayu + Kasut) + Make up dari make up artis ternama + Pelamin Tunang + Gambar & Video
Set Nikah (Baju Kurung Modern + Baju Melayu + Kasut + Shawl + Veil) + Make up dari make up artis ternama + Pelamin Nikah + Gambar & Video
Set Resepsi (Wedding Dress + Suit ATAU Baju Melayu Tailored + Kasut + Veil) + Make up dari make up artis ternama + Pelamin Resepsi + Gambar & Video

Jadilah 20 bakal pengantin pertama dan berpeluang untuk MENANGI HADIAH PERKAHWINAN EKSLUSIF DESIGNER untuk hari bersejarah anda!

Hubungi Cik Dhia untuk sebarang pertanyan berkaitan Deessi de L’or di +603-55247172 atau email kami di [email protected]

Hatta Dolmat Lancar Wedding Collection 2016

Hatta Dolmat Lancar Wedding Collection 2016

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer & Sinopsis Filem RUDY HABIBIE (Habibie & Ainun 2)

Video JOMBLO HAPPY Trending di Youtube Malaysia