Ramai berpendapat, persembahan Sufian buat mereka meremang bulu roma. Sebak. Pendek kata, segalanya tentang perasaan. Jika disentuh sikit pasti ramai hati yang dapat merasakan.
Namun, mungkin ramai yang tak tahu, di sebalik penampilan penyanyi kontroversi ini, ada beberapa individu yang turut sama membantu menyiapkan segala keperluan untuk menyempurnakan misi AJL 33 untuk Sufian.
Bagi korang yang pernah mengalami pengalaman putus cinta, lagi senang rasa itu nak sampai. Selain prop dan juga patah lagu, pemakaian juga perlu diambil kira untuk melengkapkan persembahan. Betul tak?
Antaranya pereka fesyen Hatta Dolmat yang mengilhamkan sebuah pakaian yang diberi nama ‘A BROKEN HEART’.
Memetik dari Instagram milik pereka fesyen terkenal itu, beliau meluahkan rasa senang dan lancarnya bekerjasama dengan Sufian Suhaimi untuk mereka sebuah pakaian yang sesuai untuk melambangkan perasaan dalam lagu DIMATAMU.
“Dari first jumpa discuss design, jumpa bincang konsep final overall look, sampai lah fitting, @sufiansuhaimi_ ni sangat lah humble personality nya, banyak kali lah abang cakap abang memang sangat suka lagu Di matamu, seronok proses discuss segalanya mudah dengan sufian, apa yang abang suggest, siapa yang abang suggest dia yakin, tiap kali habis dari discuss, dalam hati mesti akan cakap “ ya allah baik betul sufian ni, moga ada lah rezeki dia”.
Yang abang suka dengan cara sufian, dia PERCAYA kita. Dengan family dengan kawan kawan abang pun abang cakap sufian ni baik, lagu sedap, Kerja Sama dia bagi pun bagus, tak banyak bunyi, Dia Akan cakap “okay je bang, ean okay je.”
Itulah rendah diri yang buat dia Di senangi dan mendapat tempat Persembahan Terbaik #ajl33 semalam. lagu, pernyampaian syair yang merinding, penampilan, persembahan yang cukup simbolik Dan memberi kesan mendalam pada hati anda semua. Tahniah @sufiansuhaimi_ Dan seluruh team #dimatamu Dan percayalah sepanjang ini sufian sudah benar benar move on! Fuhhhh! Great team weyhh!”
– Hatta Dolmat
Menurut Hatta, apa yang penting baginya adalah mendalami maksud lagu tersebut dan tahu tentang tema selari dengan pementasan dan dari situ, inspirasi dan ilham itu datang untuk menghasilkan baju berwarna gelap dengan hati berwarna merah yang berkecai. Selebihnya, adalah rezeki dan aura dari Sufian sendiri semasa mengalunkan lagu tersebut.
Sufian pula berkata, dia tidak menjangka persembahan itu mampu menarik perhatian peminat dan tular di semua platform media sosial.
“Alhamdulillah, saya nak berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan persembahan semalam. Ikut perancangan asal, saya berseorangan tanpa ada prop.”
“Namun, Hatta Dolmat yang bertindak selaku pereka dan juru gaya saya sudi membantu mendapatkan khidmat perancang perkahwinan The Calla.”
“Apabila persembahan saya ini diperkatakan sejak semalam, ia satu pencapaian dan kejayaan buat semua pihak. Mungkin tak puas nak tengok semalam, jadi mereka menonton berulang kali,”
– Sufian Suhaimi