Bella berkata, ini kerana fokus utamanya kini adalah lebih kepada keluarga dan membesarkan anak tunggalnya, Mohamad Ayden Adrean.
“Buat masa sekarang hati saya betul-betul tertutup (untuk mana-mana lelaki). Sekarang fokus saya adalah kepada kedua ibu bapa dan anak saya, Ayden. Tahun hadapan saya bercadang membawa kedua ibu bapa menunaikan umrah.
“Selain memberi tumpuan pada keluarga, saya juga mahu fokus pada kerjaya yang makin berkembang,”
– Bella Astillah
Bella ditemubual oleh media pada majlis pelancaran muzik video dan single lagu Starlela di Red Box The Gardens, Kuala Lumpur hari ini.
Bella dan bekas suami, Aliff Aziz disahkan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu setelah hampir tiga tahun berumah tangga.
Dalam pada itu, ketika ditanya tidakkah dia rimas dengan tingkah laku bekas suami yang sentiasa ‘mengganggunya’ di media sosial, Bella menyatakan dia tidak pernah merasakan begitu.
“Saya tak rasa rimas bila Aliff sering kali tengok dan komen bila saya buat Live di Instagram. Kalau dia masuk dan tinggalkan komen, saya tak boleh ‘ignored’ dia. Aliff pernah beritahu saya dia dalam kemurungan dan kalau kita kecam dia ketika dia ‘depress’ mungkin dia akan jadi lebih teruk.
“Kita kena menyokongnya biar apa pun kesalahan atau kejahatan yang mungkin dia pernah buat dulu.
Kami masih lagi saling mengikuti Instagram satu sama lain dan berhubung baik demi anak kami. Kalau Ayden tanya mana ayah dia, Bella akan cepat-cepat buat panggilan video dengan Aliff,”
– – Bella Astillah
Menurutnya lagi, ketika ini dia memang tak cerita lagi pada anaknya itu tentang hubungan dia dan bekas suami memandangkan Ayden masih kecil.
“Bagi saya, biarlah tunggu dia besar sedikit. Kemudian apabila tiba masanya, baharu saya akan jelaskan situasi kami kepadanya,”
– – Bella Astillah
Sementara itu, di majlis pelancaran single itu tadi, Bella berkolaborasi dengan Ifa Raziah dan Zizi Kirana menyanyikan lagu tema Festival Beli Belah Star Vendors.
Selepas kejayaan Star Vendors di PWTC, Mei lalu, kali ini festival beli-belah itu akan berkunjung ke Sabah pada 3 dan 4 Ogos ini.
Sumber: KopiPlanet.com