in ,

Kenali Golongan Manakah Jadi Haters Fattah Amin

Ini Dia Pengamatan tentang Pembenci (Haters) Fattah Amin dari Sudut Persepsi Peminat. Tulisan ini adalah hasil penelitian dari seorang peminat yang telah menghantar emel kepada Budiey.

Fattah Amin looking excited for his first race series

Kalau diperhati penulis komen di Instagram, yang rancak menghentam dan menghencap Fattah Amin yang lansung tak usik hidup mereka, kita akan mengenalpasti beberapa golongan manusia. Biar saya perhalusi golongan-golongan ini:

1. Golongan Budak Bawah Umur

Kalau kita tengok muka mereka, atau gambar yang dipost dalam Instagram mereka- alahai macam baru semalam pandai membaca. Umur masing-masing mungkin di lingkungan 10-13 tahun ( mungkin lebih muda!). Gaya menulis komen sungguh tidak matang, yang tak tahan penuh dengan sumpah seranah (dari mana dan bagaimana budak2 ini belajar bahasa2 kasar menghina ini- adakah diguna oleh ibu bapa rumah? Ops!). Ada di kalangan mereka menyorok di sebalik profile photo adiwira seperti Superman/WonderWoman, tapi bila baca biodata di profile hmm, masih berhingus rupanya.

Saya sangat menyarankan agar smartphone yang di’hadiah’kan kepada budak-budak bawah umur seperti ini dipantau oleh ibu bapa. Percayalah wahai ibu bapa, sebahagian mereka tidak bijak lagi menggunakan smartphone ini- bimbang nanti malu muka sendiri apabila anak diviralkan sebagai pengkomen kurang ajar di media sosial. Haa, baru nak sorok muka setahun. Masa yang mereka gunakan mengutuk Fattah Amin/ bergaduh dengan fans Fattah Amin di Instagram seeloknya digunakan untuk study. Jauhh lebih penting untuk mereka drpd bertengkar samada Fattah suka A atau B.

Majlis Kesyukuran Fattah Amin & Nur Fazura

2. Golongan Wanita

Sebenarnya saya agak kejutan budaya, kerana wanita berusia dan berpangkat ibu2, makcik2 dalam hidup saya tidak bertutur seperti mereka. Bahasa yang mereka gunakan kadang2 buat saya terfikir- bagaimana akhlak anak-anak mereka sekiranya wanita seperti ini yang mengasuh dan membesarkan mereka? Bila diteliti gambar profile, ada yang bertudung labuh, ada yang deskripsi di biodata sungguh keislaman tetapi bahasa yang digunakan boleh buat orang salah tanggapan tentang Islam – serious, saya sungguh malu melihat mereka ini!. Ingin saya ajukan pertanyaan ini kepada mereka, kenapa berbahasa kasar dan kotor dalam menulis komen wahai makcik2/puan2/akak2 sekalian, apakah dosa dan salah Fattah pada kalian? Adakah Fattah pernah patahkan hati anak dara mereka? Adakah kerana Fattah tak layan cinta anak atau cucu mereka yang terhegeh2 nakkan Fattah sebab Fattah hensem dan baik? Adakah kerana Fattah taknak makan nasi lemak/kek/cucur udang yang dihadiahkan? Cuba cerita, Fattah buat apa dekat akak2/makcik2/puan2 sehingga begitu sekali bahasa dalam mengomen mengalahkan budak2 lorong belakang rumah…

Pelik juga, bagaimana makcik2 ini tahu tentang Fattah? Maklumat dari mana yang mereka hadap dan disuap dlm kepala mereka tentang Fattah sehingga begitu sekali membenci. Daripada diskusi dan perbualan, saya menjangkakan golongan ini mendapat maklumat yang memburukkan/mengutuk Fattah dari Instagram yang mereka ikuti atau sumber2 berita yang dishare dlm whatsaap group mereka. Lalu, dijadikan sumber paling kukuh untuk menghina dan mengutuk manusia bernama Fattah Amin. Alahaiii makcik..

3. Golongan Yang Menyampah Sebab Fattah Popular Sangat – Artis Yang Mereka Minat Tak Dapat Naik

Ada juga segolongan yang seperti ini. Kerana popularity Fattah mencanak sehingga mengaburi popularity artis atau idola mereka sendiri – membuatkan mereka panas punggung. Jadi apa yang dilakukan ialah memburukkan Fattah di ruangan komen atau Twitter. Asal ada peluang, mereka akan mengutuk. Dalam masa yang sama, sebut nama idola dengan membandingkan mutu nyanyian/lakonan idola mereka dengan Fattah. Untuk golongan ini, apa yang boleh saya katakan ialah, “ Apa kata hang pi balik dekat Instagram idola hang, dan bagi kata-kata motivasi dan semangat agar terus maju jaya. Daripada dok mengutuk Fattah kat sini, habuk pun tak dapat!”

Untuk golongan ini, ingatlah – rezeki Allah yang bagi kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Bukan salah atau dosa Fattah kalau artis atau idola kamu belum di tahap dia. Fattah tak pernah pergi rebut nasi kat pinggan orang lain, Allah yang aturkan rezeki. Janji sentiasa jujur, hati baik, dan berusaha kuat.

Rezeki dan Jodoh – tidak pernah salah alamat.

Majlis Kesyukuran Fattah Amin & Nur Fazura

4. Golongan Lof**tah Yang Masih Belum Move On

Haihh, bab ini kalau nak dicerita kronologi boleh buat sebuah novel misteri atau seram. Serious!

Saya ringkaskan dan simpulkan, mereka ini golongan peminat Lofa dan Fattah hasil drama SHMP yang bersiaran Oktober 2016. (tahun lepas, ya!) yang masih bermimpi. Berangan dan masih mahu terus hanyut dalam impian pelamin anganku musnah. Kisah putus-cinta sudah berlaku bulan Disember 2016-Januari 2017 lagi, namun sehingga Ogos 2017 masih meratap dan berharap. Preskripsi ubat bagaimana yang harus diberi kepada golongan ini, wahai para doktor dan ahli nujum.

Yang menjelikkan, golongan ini melontarkan kebencian dan ketidakpuasan hati mereka dengan memburukkan / memfitnah/ mengutuk Fattah dan pasangan drama serasi nya Fazura melalui Hero Seorang Cinderellla dengan begitu sadis, seperti orang tidak berakhlak. Seriau membaca ayat-ayat yang ditaip oleh jari-jari yang suatu hari nanti akan menjadi saksi atas perbuatannya. Melihatkan sikap sebilangan peminat Lof*ttah yang sebegini, membuatkan saya rasa ada hikmah juga hubungan Lofa dan Fattah tak menjadi, sekiranya begini teruk perlakuan peminat Lofa*ttah- maaf cakaplah, ia bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan malah wajib dibanteras kerana telah membuat onar yang dahsyat di ruang instagram orang. Apalah nak dibanggakan sangat mendabik dada mengatakan Lofattah satu FENOMENA luar biasa, kalau kesudahannya melahirkan peminat yang mempunyai kelakuan dan pemikiran macam separa gila!

Nasihat saya untuk golongan belum move on ini, sudah-sudahlah buat throwback video-video lama kisah Fattah dan Lofa, kalau orang dah berpisah/bercerai, adalah tindakan yang tidak bijak, tidak manis dan kurang adab pergi menabur-nabur video lama mereka saban hari. Daripada dok menabur video2 tu, baik pergi tabuk dedak kat ayam at least ayam dapat makan. Mereka berdua dah move on, awak semua bila lagi? Takkan selama-lamanya nak tertinggal keretapi dan hidup dalam delusi.

5. Golongan Haters Tegar – Yang Berbahasa Longkang

Kewujudan golongan ini matlamatnya cuma satu – untuk membuat komen di Instagram dengan ayat penuh kebencian dengan bahasa orang kelas bawahan. Bahasa yang diguna level orang tidak pernah jejak sekolah, begitu hina dan buruk bahasa mereka sehingga tidak sanggup nak dibaca. Kadang-kadang terfikir juga, bagaimana agaknya perasaan Fattah sendiri yang membaca, tak terasa hancur hati dan sedih ke dikutuk difitnah sedemikian rupa?

Kalau diamati, instagram haters tegar ini ada beberapa kerat sahaja. Jangkaan kami, mereka tidak seramai mana, tapi membuat beberapa akaun Instagram dengan nama yang berbeza-beza, tujuannya – untuk kumpul dosa dengan mengutuk/memfitnah/memburukkan Fattah Amin. Kenapa? That’s a million dollar question for everyone to answer. Mengapa wujud sekelompok yang rela menjadi pembenci tegar ini? Kenapa sanggup sangat menjadi haters Fattah Amin, sehingga membuat post2 penuh kebencian dan mengheret segenap followers untuk mengutuk secara berjemaah? Sudah banyak sangat pahala barangkali.

Kenapa wujudnya golongan ini, yang rela berdosa asalkan Fattah Amin dikutuk dan dihina? Are they being paid to become haters?

That’s your job to find out! – Tengku Ian.

6. Golongan Yang Kalau Fattah Bersin Atau Sendawa Pun Akan Menjadi Asbab Untuk Dibenci

Kadang-kadang saya tengok post Fattah di Instagram tu biasa sahaja, tiada maksud tersirat melainkan yang tersurat, tetapi bagi golongan ini ada sahaja yang mereka tak suka. Ada sahaja yang akan dikutuk. Ada sahaja point negative di mata mereka. Mungkin dalam diri mereka ini sangat penuh kebencian dan kekurangan kasih sayang, sehingga segala gerak geri Fattah akan dicari point untuk dihentam.

Fattah muka masam – Fattah dah sombong!

Fattah tak tulis # tertentu? – Fattah dah lupa diri!.

Fattah senyum extra manis kat org tu tapi senyum kurang manis kat sini – Fattah pilih kasih!.

Fattah itu Fattah ini. Kalau saya jadi Fattah memang boleh meletup dikelilingi peminat/pemenat/pembenci yang seperti ini.

Syukurlah Fattah Amin dikurniakan Tuhan kesabaran yang tinggi. Bukan sejenis yang cepat emo, cepat sentap atau melenting. Dan bukan juga sejenis menyindir di igstory atau buat caption memerli di Instagram. Bukan jenis yang berpakat-pakat untuk memburuk dan menjatuhkan orang yang tidak disukai. Dan syukur juga Fattah dikelilingi orang yang bukan seperti ini.

Sebagai konklusi, penulisan ini dibuat hasil pengamatan saya dan beberapa rakan, yang memerhati dalam diam lagak dan gelagat pengunjung dan pengomen instagram. Khususnya Instagram Fattah Amin. Semoga penulisan ini membuka mata ramai akan kewujudan haters/pembenci ini. Tidak tepat menyalahkan artis dengan segala macam andaian, mereka tidak minta untuk dipuja atau menjadi popular. Apatah lagi menajdi sasaran kutukan dan benci manusia yang menilai dan menghukum dari cerita-cerita luar yang didengar. Kita tidak kenal mereka siapa, jangan cepat percaya berita buruk yang disampaikan. Bukankah lebih baik berbaik sangka?

Kita hidup kat dunia ni tak lama, jangan kesempatan yang singkat diberi Tuhan ini kita isi dengan menjadi agen menabur kebencian yang natijahnya adalah dosa untuk kita. Kalau nasihat2 Islamik juga tidak dapat mengetuk kesedaran dalam diri, entahlah, apa kata berdoa pada Tuhan agar dikurniakan hati yang baru, kerana barangkali hati yang dimiliki sekarang sudah rosak teruk dan mati.

Tiada niat lain, melainkan untuk membuat para pembenci berhenti dari membenci dan belajar berkasih sayang. Pujuklah diri mengingat Tuhan dan hari kematian yang bila2 masa saja boleh datang. Kalau tiada benda yang baik nak dikata, lebih baik diam. Kalau tak pasti kesahihan berita, jangan sebarkan dan jadi nasi tambah. Pendekkan kata, belajar jadi manusia berhati baik.

InshaAllah kita semua boleh.

Kredit Gambar: IG MSGreen.

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy Note 8 Bakal Dilancarkan Pada 23 Ogos Ini

Mini Karnival MONSTA GALAXY 2017 di Alamanda, Putrajaya