in

Harris Hotel & Conventions Festival Citylink

Harris kini di Bandung dalam bentuk Harris Hotel & Conventions Festival Citylink!
oleh Shah Shamshiri

Jenama Harris merupakan salah satu jenama hotel yang paling popular di Indonesia. Ini kerana perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan sangat praktikal buat para pelancong moden yang memburu keselesaan pada harga yang berpatutan. Ditambah pula dengan konsep senireka dan senibina yang sangat ceria melalui warna-warna temanya (khasnya jingga), gedung hotel ini senantiasa menjadi pusat perhatian.

Harris Hotel & Conventions Festival Citylink!

Sungguhpun nama Hotel Harris paling dikenali di Jakarta dan juga Bali namun kini mereka terus mengorak langkah dengan lahirnya Harris Hotel & Conventions Festival Citylink di salah satu kota destinasi pelancongan paling popular di Indonesia, iaitu Bandung. Terletak di daerah selatan kota Bandung, hotel baru ini dikatakan mempunyai ‘ballroom’ terbesar di seluruh Jawa Barat. Menampilkan ruangan serta dewan-dewan yang amat luas sebagai pusat konvensyen, ia menjadi tarikan ramai buat mereka yang bukan sahaja ingin menginap tetapi juga mengadakan aktiviti atau perjumpaan pada skala yang besar.

Lebih menarik lagi hotel ini berkongsi kawasan dengan bangunan sebuah pusat membeli-belah, seperti yang ditampilkan oleh Hotel Harris FX di Jakarta yang bertujuan memudahkan para pengunjung. Hotel Harris di Bandung pula terletak di dalam bangunan Festival Citylink Mall. Ini memudahkan para tamu yang menginap di hotel untuk membeli-belah dan juga mencuba aneka restoran yang ada di ‘mall’ tersebut untuk menjamu selera.

Namun begitu, para tamu sebenarnya tidak perlu bersusah-payah melangkah keluar dari bangunan hotel untuk menikmati hidangan enak kerana di dalam hotel sendiri terdapat Harris Cafe yang menyediakan pelbagai sajian lazat untuk sarapan serta makan tengah hari. Selain itu, pemandangan indah kota Bandung juga dapat dinikmati sambil menjamu selera dari kawasan ‘terrace’ atau beranda Harris Cafe yang benar-benar menyejukkan mata. Di samping itu, terdapat juga sebuah kolam renang, pusat refleksologi dan spa, Dino Kids Club buat kanak-kanak, Harris Boutique serta sebuah Health Club yang diurus oleh pihak Hellios.

Kesemua bilik-biliknya bersih dan menyediakan prasarana yang biasanya terdapat di hotel-hotel mewah seperti TV LCD, penghawa dingin, bilik mandi bersambungan serta kemudahan sambungan Wi-Fi untuk penggunaan internet. Selain itu, warna jingga yang menjadi warna tema utama jenama Hotel Harris selain warna-warna ranggi yang lain, menghidupkan lagi suasana ceria di sini. (Para tamu juga boleh memilih bilik suite jika mahukan kawasan yang lebih luas) Ini menjadikannya sebuah hotel yang lengkap dan sangat sesuai buat mereka yang datang atas urusan kerja ataupun bercuti.

Oleh itu sekiranya anda singgah ke Bandung dan tercari-cari hotel yang cantik dan praktikal, cubalah bermalam di Harris Hotel & Conventions Festival Citylink. Mereka boleh menyambut ketibaan anda di lapangan terbang dengan van-van comel berwarna jingga mereka kerana ia hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja untuk tiba dari lapangan terbang Bandung dan sekitar setengah jam dari stesen keretapi. Keceriaan serta keramahan warga kerja mereka pasti dapat anda rasai sekiranya bersinggah ke sini!

Harris Hotel & Conventions Festival Citylink!

Harris Hotel & Conventions Festival Citylink!

Harris Hotel & Conventions Festival Citylink!

Harris Hotel & Conventions Festival Citylink!

Harris Hotel & Conventions Festival Citylink!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kad Kahwin Fasha Sandha & Jejal

Adam Lambert Releases Single Never Close Our Eyes