“After 4 years of silent relationship, Assalamualaikum isteriku,” tulisnya.
Memetik laporan Harian Metro, Harris memaklumkan hanya keluarga dan kenalan rapat sahaja yang mengetahui perkara tersebut sebelum ini.
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah bergelar suami kepada Asha. Sebenarnya kami sudah bercinta hampir empat tahun tapi memilih untuk merahsiakan hubungan ini.
“Sepanjang perkenalan kami kunci rapat mengenai status hubungan kepada orang luar. Hanya keluarga kedua belah pihak dan rakan-rakan rapat saja yang tahu.
“Kami tidak pernah bertunang, cuma ada ke rumah keluarga Asha untuk merisik,” katanya.
Menerusi perkongsian di Instagram, kebanyakan rakan artis mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
“Tahniah dik! Maaf tak dapat sama-sama raikan. I’m happy for you,” komen Datuk Aznil Nawawi.
“Congratulations Aboy! So happy for you! Maaf, I can’t make it deh,” ucap Catriona Rose.
“Tahniah Harris & isteri… have a happy marriage,” tulis Anuar Zain.
Dalam pada itu, pelakon Safwan Nazri yang merupakan rakan baik Harris telah berkongsi video pasangan itu diijab kabulkan menerusi Instagramnya.
Harris dan Asha selamat diijab kabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM1,001.