in , ,

Harris Alif, Hani Fadzil & Nina Nadira Hos Program MPOP!

Dapatkan berita hiburan, gosip, fesyen dan tips gaya hidup terkini dalam program infotainment, MPOP! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Rabu di TV3, 12.55 tengah hari dan TV9, 8.30 malam selama 5 minit. Selain itu, penonton juga dapat menyaksikan episod penuh (extended version) di laman sesawang www.tonton.com.my pada hari yang sama bermula 2.00 petang.

MPOP! bukan bertujuan untuk bersaing dengan Mbuzz ataupun Melodi sebaliknya ia melengkapkan lagi rantaian program hiburan di Rangkaian Televisyen Media Prima kerana berita hiburan seharusnya disampaikan secara cepat dan tepat kepada para penonton. Ketika negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), program MPop! diteruskan dengan mengubahsuai temu bual artis menerusi interbiu atas talian supaya penonton terus diberikan info terkini dari industri hiburan dan fesyen. 

3 Host on set

Harris Alif, Hani Fadzil & Nina Nadira Berkongsi Berita Hiburan & Tips Gaya Hidup Paling ‘Panas’

Kelainan yang ditampilkan oleh MPOP! apabila program tersebut dikendalikan oleh selebriti yang muda dan bertenaga iaitu Harris Alif, Hani Fadzil dan Nina Nadira untuk memberikan sentuhan yang lebih hip dan segar. 

Harris Alif, 21 tahun, mula dikenali ramai selepas menjuari Bintang Kecil RTM dan Idola Kecil 3 pada usia muda. Bukan saja seorang penyanyi, malah beliau juga seorang model, pelakon, pelakon suara, pengacara majlis dan hos TV. Harris mula mengacarakan program Berita Adik di TV9 pada tahun 2011, V-Squad di ntv7 pada tahun 2012 dan Pop Express di TV3 serta sering diundang sebagai hos di booth Bananana untuk Karnival Jom Heboh. Harris juga mula berjinak-jinak dalam bidang fesyen dengan melancarkan jenama pakaian sendiri iaitu ‘Harris Alif by Chemboja’. 

Hani Fadzil, 29 tahun, seorang pengacara TV dan penyampai radio memulakan kerjaya sebagai pengacara KidsFGW NTV7 (2012-2013) dan Bas Pintar TV3 (2014). Walaupun sudah bergelar isteri kepada Obi Wan Faiz sejak 7 Julai 2017, Hani masih aktif dalam bidang pengacaraan dan beliau juga gemar berkongsi tips menarik  tentang masakan dan melancong. 

Nina Nadira, 28 tahun, mula menceburi industri hiburan selepas menyertai Akedami Fantasia pada tahun 2014 dan seterusnya diberikan peluang untuk menjadi wartawan penyiaran dan penerbit untuk program hiburan. Nina mula menjadi hos Pop Express pada tahun 2019 dan pernah mengendalikan acara karpet merah untuk Anugerah Juara Lagu 2019. 

MPOP Logo

Teruskan menonton MPOP! pada setiap hari Isnin hingga Rabu di TV3 pada 12.55 tengah hari dan TV9 pada 8.30 malam, tidak lupa juga untuk menonton program ini di platform digital iaitu www.tonton.com.my untuk paparan yang eksklusif. Sidang produksi MPOP! diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit dari Primeworks Studios. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.tonton.com.my dan www.xtra.com.my , ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan tanda pagar #MPOPMY  dalam merancakkan perbualan di platform media sosial. 

Nina01
Harris02
Hani03

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Discover Your Next Korean Bop Through Spotify’s New Playlists

YouTube Creators Show & Tell in Generasi YouTube’s ‘Toy Creators, Assemble!’