Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini, Astro dengan berbesar hati telah menlancarkan sebuah dokumentari khas bertajuk, ‘Harimau Malaya 1980’ bagi meraikan detik-detik bersejarah pasukan bola sepak Malaysia dan juga wira-wira dalam pasukan Harimau Malaya 1980 itu sendiri. Tayangan perdana ‘Harimau Malaya 1980’ adalah pada 16 September 2016, jam 9.00 malam menerusi dua saluran serentak, Astro Arena (Saluran 801 / Saluran HD 802), Astro Supersport HD (Saluran 831) dan juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro on the Go.
Astro Beri Penghormatan Kepada Pasukan Harimau Malaya 1980
[dropcap]T[/dropcap]urut sama hadir bagi meraikan barisan ikon sukan bola sepak tanah air di majlis pelancaran hari ini adalah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia, dan Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro. ‘Harimau Malaya 1980’ merupakan inisiatif Astro untuk memaparkan kisah pasukan bolasepak kita pada tahun 1980 (atau lebih dikenali sebagai pasukan impian / dream team) yang telah melalui pelbagai cabaran untuk mara ke Sukan Olimpik Moscow 1980.
[pullquote align=”right”]Tayangan perdana dokumentari khas ini bersempena Hari Malaysia, 16 September, jam 9 malam menerusi saluran Astro Arena HD (Saluran 802), Astro Supersport HD (Saluran 831) dan AOTG[/pullquote]
Buat julung-julung kalinya, selepas 36 tahun, skuad ini kembali disatukan dengan tujuan untuk menjayakan penerbitan dokumentari ini. Ia turut menyaksikan beberapa sesi temuramah istimewa bersama legenda bola sepak tanah air seperti Dato’ Soh Chin Aun, Hassan Sani, James Wong, Datuk Santokh Singh; jurulatih, Karl-Heinz Weigang; bekas pengulas sukan veteran; Tuan Haji Zulkarnain Hassan; ahli keluarga para pemain yang tidak lagi bersama dengan kita, dan bekas Menteri Luar Negeri, Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail.
Dokumentari ini turut menyorot kembali detik-detik indah pemain, saat-saat suka dan duka, pengorbanan, pencapaian dan kejayaan sehingga melayakkan pasukan mereka untuk bertanding di Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980.
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, “Dalam usaha kita memupuk semangat perpaduan negara, dokumentari seperti ‘Harimau Malaya 1980’ ini meraikan kepelbagaian etnik dan diversiti yang mana secara tidak langsung turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan budaya kerja berpasukan dan bersatu padu di antara satu sama lain. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Astro kerana telah menerbitkan dokumentari ini dan berharap agar semua rakyat Malaysia akan terus memberikan sokongan kepada barisan legenda hebat ini yang telah berjuang sedaya upaya untuk mengharumkan nama negara, walaupun terpaksa menempuhi pelbagai rintangan yang mendatang.â€
Dato Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata “Kami ingin menceritakan kepada rakyat Malaysia mengenai kisah wira-wira negara kita ini yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran sehingga menjadikan mereka sebuah pasukan terunggul yang begitu dihormati dan seterusnya memenangi hati semua rakyat Malaysia. Kami berharap agar kisah perjuangan mereka ini akan terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi di masa akan datang. Sesungguhnya pasukan ‘Harimau Malaya 1980’ ini merupakan lambang kebanggaan rakyat Malaysia dan kisah perjuangan mereka ini mengingatkan kita akan kepentingan semangat berpasukan, sentiasa bersatu padu dalam mengamalkan kepelbagaian bangsa, dan memiliki kekuatan untuk menerima perbezaan di antara satu sama lain bagi mengecapi kejayaan yang diimpikan bersama.”
Basir Siswo, penerbit ‘Harimau Malaya 1980’ berkata, “Menghasilkan dokumentari ‘Harimau Malaya 1980’ ini adalah ibarat menghimpunkan kembali kepingan jigsaw puzzle yang telah tersimpan selama 36 tahun lamanya. Saat yang paling menyentuh hati adalah apabila perjumpaan semula para pemain yang mana mereka kemudiannya menyarungkan kembali jersi masing-masing dan berjalan beriringan untuk masuk ke dalam Stadium Merdeka. Ini merupakan satu senario yang cukup menggamit memoriâ€.
Dato’ Soh Chin Aun, Ketua Pasukan ‘Harimau Malaya 1980’ berkata, “Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Astro kerana telah menghasilkan dokumentari ‘Harimau Malaya 1980’ serta telah memberi peluang kepada kami untuk berkongsi bersama kisah dan pengalaman yang dilalui ketika menuju misi Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980â€.
Karl-Heinz Weigang, selaku jurulatih berkata, “Semangat kerjasama yang dipamerkan oleh setiap ahli pasukan ‘Harimau Malaya 1980’ di saat mengorak langkah menuju Sukan Olimpik Moscow 1980 merupakan sebuah memori yang tidak boleh saya lupakan. Perjalanan kami dipenuhi dengan emosi, diapit pula dengan pengorbanan peribadi setiap individu dan perjuangan yang perlu ditempuhi demi mencapai satu misi yang pada awalnya difikirkan mustahilâ€.
James Wong, selaku penyerang berkata, “Mengimbau kembali kenangan ketika menjalani penggambaran dokumentari ini, boleh dikatakan ia merupakan sebuah perjalanan yang cukup sentimental buat kami. Pengalaman yang paling bermakna adalah ketika kami berkumpul semula untuk sesi penggambaranâ€.
Haji Bakri Ibni, pemain tengah berkata, “Pasukan kami terdiri dari pelbagai kaum, namun keakraban dan semangat berpasukan yang dipamerkan setiap pemain berada di satu tahap yang tiada tandingannya. Seronok rasanya kerana berpeluang untuk kembali bersatu dalam satu pasukan bagi menjayakan penerbitan dokumentariâ€.
Datin Maria Selvie, balu mendiang Datuk R. Arumugam berkata, “Suami saya tentunya berasa bangga. Walaupun beliau tidak lagi berada bersama kita, beliau masih lagi kekal sebagai seorang lagenda. Beliau bermain untuk Malaysia. Beliau sayangkan pasukan Malaysia dan rakan-rakannya seperti Chin Aun, Santokh dan Mokhtar.”
CIMB dan MILO® merupakan rakan penaja bagi ‘Harimau Malaya 1980’. Semua sumbangan dan tajaan yang dijana menerusi dokumentari ini akan disalurkan kepada barisan pemain bola sepak veteran dan ahli keluarga masing-masing.
Jangan lupa saksikan tayangan perdana dokumentari ‘Harimau Malaya 1980’ pada 16 September, jam 9.00 malam di Astro Arena (Saluran 801/ Saluran HD 802) dan Astro SuperSport HD (Saluran 831).
Semua pelanggan Astro dan NJOI boleh juga menyaksikan siaran ulangan ‘Harimau Malaya 1980’ pada keesokan harinya (17 September) di dalam versi Bahasa Malaysia di Astro Prima (Saluran 105) dan Maya HD (Saluran 135), jam 10:00 malam. Manakala versi Bahasa Mandarin boleh ditonton di Astro AEC (Saluran 301 / HD Saluran 306) pada jam 4:30 petang dan versi Bahasa Tamil di Astro Vaanavil (Saluran 201) pada jam 9:00 malam. Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Harimau Malaya 1980’, layari www.astro.com.my
Sinopsis Harimau Malaya 1980
• Astro Arena (Saluran 801 / HD Saluran 802), Jumaat, September 16, 2016, 9:00 Malam (Versi Bahasa Malaysia)
• Astro SuperSport HD (Saluran 831), Jumaat, September 16, 9:00 Malam (Versi Bahasa Inggeris)
• Astro Prima (Saluran 105) and Maya HD (Saluran 135), Sabtu, 17 September at 10:00 Malam (Versi Bahasa Malaysia)
• Astro AEC (Saluran 301/ HD Saluran 306), Sabtu, 17 September at 4:30 Petang (Versi Bahasa Mandarin)
• Astro Vaanavil (Saluran 201), Sabtu, 17 September at 9:00 Malam (Versi BahasaTamil)
‘Harimau Malaya 1980’ adalah sebuah dokumentari khas yang menyorot kembali ceritera pasukan bola sepak pada tahun 1980 yang begitu berinspirasi, serta semangat juang mereka untuk melayakkan diri menuju Sukan Olimpik Moscow 1980. Dokumentari ini juga bakal mendekati kisah peribadi para pemain yang telah membentuk pasukan tersebut.
Buat pertama kali selepas 36 tahun, ahli pasukan tersebut telah berkumpul semula untuk menjayakan sebuah dokumentari yang akan turut menyaksikan sesi temubual eksklusif bersama barisan legenda seperti Dato’ Soh Chin Aun, Hassan Sani, James Wong, Datuk Santokh Singh; jurulatih mereka, Karl-Heinz Weigang; pengulas sukan veteran, Tuan Haji Zulkarnain Hassan; ahli keluarga para pemain; dan bekas Menteri Luar Negeri, Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail.
Dokumentari ini bakal menjejaki detik-detik suka, duka, semangat juang mereka bagi mencapat matlamat utama mereka untuk melayakkan pasukan mereka berentap di Olimpik Moscow pada tahun 1980. Berdurasi selama 90 minit, dokumentari ini telah diterbitkan olah Basir Siswo dengan kerjasama khas, Chiu Keng Guan (Ola Bola).
About Astro
Astro Malaysia Holdings Berhad is a leading content and consumer group in Malaysia and Southeast Asia with a focus on the pillars of watch, listen, read and shop. With a customer base of 4.9 million residential customers or approximately 69% penetration of Malaysian TV households, Astro offers 183 TV channels, including 54 HD channels, delivered via Direct-To-Home satellite TV, IPTV and OTT platforms. Astro provides HD, 3D, PVR, VOD and IPTV services through Astro B.yond and Astro on the Go. Fulfilling its promise to bridge the digital divide for all of Malaysia, Astro introduced NJOI as an entry-level DTH satellite TV service and is the country’s first non-subscription based satellite TV, offering 28 TV and 20 radio channels. Astro Radio includes Malaysia’s highest rated stations across key languages and is available on both terrestrial and digital channels, reaching approximately 12.8 million weekly listeners. Its digital arm is involved in digital publishing, applications and platforms as well as publication of entertainment and lifestyle magazines locally.
Astro holds the distinction of the ‘Gold’ award in the Media and Entertainment category at the Putra Brand Awards for 7 consecutive years from 2010 to 2016, including the ‘Brand of the Year’ award in 2012, the ‘Brand Icon’ award in 2013 and the ‘Malaysian Marketer of the Year’ award in 2016.
Astro’s CSR projects have been recognised by the International Business Awards (IBAs) for the fourth consecutive year. Astro was named the winner of a Bronze Stevie Award in the 2015 IBAs in the Corporate Social Responsibility Program of the Year (Asia, Australia and New Zealand) category for Astro Kasih Sports Initiative. In the 2014 IBAs, the company won a Silver Stevie Award for ‘Astro Kasih Hostel and EkoVillage’ project. In 2013 and 2012, Astro’s ‘Beautiful Malaysia: Longest Underwater Clean Up’ and ‘Astro Kasih Hostel’ projects were awarded with a Silver Stevie® Award respectively.
These awards are in recognition of Astro’s efforts to exemplify innovation, quality and strong corporate responsibilities.
About CIMB Group
CIMB Group is Malaysia’s second largest financial services provider and one of ASEAN’s leading universal banking groups. It offers consumer banking, investment banking, Islamic banking, asset management and insurance products and services. Headquartered in Kuala Lumpur, the Group is now present in nine out of 10 ASEAN nations (Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Cambodia, Brunei, Vietnam, Myanmar and Laos). Beyond ASEAN, the Group has market presence in China, Hong Kong, India, Sri Lanka, Taiwan, Korea, the US and UK.
CIMB Group has the most extensive retail branch network in ASEAN of close to 1,000 branches as at 30 June 2016. CIMB Group’s investment banking arm is also one of the largest Asia Pacific-based investment banks, offering amongst the most comprehensive research coverage of more than 1,000 stocks in the region.
CIMB Group operates its business through three main brand entities, CIMB Bank, CIMB Investment Bank and CIMB Islamic. CIMB Group is also the 97.9% shareholder of Bank CIMB Niaga in Indonesia, and 93.7% shareholder of CIMB Thai in Thailand.
CIMB Group is listed on Bursa Malaysia via CIMB Group Holdings Berhad. It had a market capitalisation of approximately RM 38.1 billion as at 30 June 2016. The Group has about 40,000 employees located in 16 countries.
About Champions Never Give Up
The Never Give Up spirit has always been embodied in MILO® through its consistent efforts to nurture young champions, believing that sports is a great teacher of life values. Committed to drive this effort, MILO® organizes sport development events at grassroots levels from fun sport clinics, to inter-school competitions to national championships conceptualized with the singular goal of instilling these important values to children, something that cannot be taught in the classroom.
MILO® works hand-in-hand with parents and experts because they value their opinions as life coaches to young children because that’s the age when they need the most guidance. After all, a champion’s journey begins from home. MILO® also works with government bodies like the Ministry of Education on sporting initiatives like the MSSM-MILO® Games that have been nurturing sporting potentials and athletic champions since as early as 1969. MILO®’s sports camps and clinics are also supported and recognized by many parenting associations, government bodies, and schools.
About MILO® Malaysia
MILO®, the leading nutritious chocolate malt beverage in Malaysia was introduced in 1950 and has been known for its unique taste that Malaysians love. Packed with natural goodness of malt, milk and cocoa, enriched with Activ-Go; a unique blend of vitamins and minerals, MILO® is the most popular beverage in Malaysia and has fuelled generations of champions.