Nabila Huda rasa pelik dan bertanya kenapa hari ini buka, hari ini juga nak pergi ke Langkawi apabila melihat ramai yang mula terbang dan melancong ke Langkawi untuk bercuri di sana pada hari ini.
Menerusi beberapa ciapan Twitter, Nabila Huda mempersoalkan mengapa ramai yang terburu-buru untuk bercuti ke Pulang Langkawi hari ini.
“Tidak berapa faham kenapa semua sibuk nak pergi Langkawi. Hari ini boleh pergi, hari ini juga semua nak pergi.
“Tak boleh tunggu minggu depan atau bulan depan? Tetap nak jugak hari ni. Kenapa ya?â€
– Nabila Huda
CIAPAN Nabila Huda tentang keterujaan segelintir rakyat Malaysia yang berebut-rebut memasuki pulau peranginan Langkawi untuk bercuti bermula hari ini.
Tambah pelakon drama, dia juga menyamakan situasi hari ini seperti kejadian apabila lokasi rekreasi air terjun dipenuhi orang ramai baru-baru ini.
“Hari itu semasa dibenarkan rentas daerah, semua jugak pergi sungai. Waktu itu juga semua nak ke sana dan sesak terus keadaan di sungai.
“Sama juga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, semua nak pergi ke pasaraya, pembelian panik,â€
– Nabila Huda
Ujar pelakon filem M4M4 itu, dia juga pelik dengan sikap sesetengah manusia yang suka terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara selepas diberikan kebenaran.
“Adakah sebenarnya manusia memang begini? Semua jenis tidak boleh bersabar dan Ke sebenarnya manusia memang macam ni?
“Jenis yang tidak berfikir tentang melepaskan orang lain dulu. Memang jenis, hari itu diumumkan dan waktu itu juga nak kena pergi?â€
– Nabila Huda
Media turut melaporkan Nora Danish bersama suami dan anak bongsunya selamat tiba bercuti di Pulau Langkawi.
Untuk rekod, inisiatif gelembung pelancongan di Langkawi yang bermula hari ini bakal dijadikan penanda aras supaya lebih banyak destinasi pelancongan dalam negara dibuka. –
Sumber: Twitter Nabila Huda & K! ONLINE