Platform pulangan tunai (Cashback) ShopBack mendedahkan akan membawa kembali Hari Cashback 9.9 kepada pembelinya pada 9 September. Acara selama 24-jam itu mengumpulkan 35 e-dagang dengan Chatime dan Shoppu yang baru menyertai, di mana ia menawarkan peningkatan diskaun dan lebih banyak Cashback di aplikasi ShopBack Malaysia dan gerbang online.
Cara Nak Jimat Shopping Dengan Menyertai Hari CashBack 9.9 ShopBack
[dropcap]S[/dropcap]tor online terkenal seperti Agoda, Lazada, Hermo, Groupon, Taobao, Qoo10, Zalora, Tesco, BusOnline Ticket, dan lain-lain, akan memberikan sehingga 99% Cashback dan tawaran RM9.9 juga pada Hari Cashback 9.9,†kongsi Sharmeen Looi, Ketua Pegawai Operasi ShopBack Malaysia.
“Kami sangat teruja dengan penyertaan rakan kongsi baru ke dalam ShopBack pada hari yang sangat bermakna ini, ia termasuk jenama teh gaya hidup terkemuka Chatime,, projek e-pasaran AEON Shoppu, laman keibubapaan terkemuka Motherhood, pembekal peralatan DIY Aneka DIY, desa percutian semua-dalam-satu Club Med, penghantaran makanan berkhasiat dah makan, serta stor tayar online yang kian meningkat naik mytayar.
[pullquote align=”right”]Chatime, Shoppu sertai Hari CashBack 9.9 ShopBack bersama 35 E-Dagang Sehingga 99% Cashback dan tawaran RM9.9 menanti pembeli pada 9 September[/pullquote]
Berasal dari Amerika Syarikat, ShopBack membawakan model Cashback ke Asia tenggara pada 2014, dengan sasaran untuk membantu semua orang mendapatkan lebih penjimatan menerusi pembelian online. 9 September merupakan tarikh ShopBack Singapura ditubuhkan – kehadiran pertamanya yang menjadi simbol ketibaan konsep Cashback ke rantau ini.
“Kami menubuhkan ShopBack di negara lain selepas itu, di mana cawangan di Asia Tenggara seperti ShopBack Malaysia turut sama meraikan Hari Cashback 9.9 sejak 2015. Melalui usaha yang berterusan, ShopBack telah menjadi laman Cashback No.1 di Asia Tenggara, membantu pembeli menerima semula sebahagian dari pembelian mereka dalam bentuk tunai sebenar, langkah yang sangat praktikal serta menjadi peralatan penjimatan online percuma untuk pembeli kami yang bijak.†kata Looi.
Beliau turut menyatakan syarikat telah membolehkan pembeli di Malaysia mengeluarkan sebanyak RM5.4juta, dengan jumlah tertinggi yang diterima oleh seorang pembeli adalah lebih sedikit dari RM17,000 pada Jun tahun ini. Pertumbuhan syarikat yang stabil telah membawakan kerjasama yang sangat mengujakan dengan jenama isi rumah seperti Tesco dan Chatime, yang menyaksikan Cashback sebagai pendekatan pemasaran yang mampan dan bersedia memberi ganjaran kepada pembeli setia dalam kehidupan seharian menerusi perkembangan e-dagang.
Selain kategori seperti Elektronik, Pelancongan, Kecantikan, Fesyen dan Barangan Runcit, ShopBack juga melihat potensi di dalam syarikat yang menyediakan servis yang meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia seperti Aneka DIY, BusOnline Ticket, dahmakan, mytayar, dan lain-lain.
“Kami mahu pembeli bukan sahaja menerima RM59 Cashback dari tempahan Agoda, malah dari keperluan lain seperti tiket bas, peralatan pertukangan, produk kesihatan dan kecergasan, serta keperluan automotif. Dunia kini sedang bergerak ke arah gaya hidup berhubung, dan apa yang kami lakukan ini memperkasa dan melancarkan lagi lanskap pembelian digital di atas faedah membeli-belah online yang sedia ada.†tambah Looi.
Menambah kegembiraan dalam acara tersebut, ShopBack telah menyediakan pra-tawaran 9.9 dan pertandingan Facebook kepada orang ramai sejak 1 September. Acara selama satu hari ini disokong oleh AirAsiaBig dan juga Maybank. Nantikan kemunculan https://www.shopback.my/99 untuk tawaran terkini.
Tentang ShopBack
Beribu pejabat di Singapura dengan pejabat beroperasi di Amerika Syarikat, Malaysia, Filipina, India, dan Indonesia, ShopBack adalah salah satu perintis yang memperkenalkan cara membeli-belah serba baru ke arena membeli-belah online di Asia Tenggara sejak September 2014. Dengan memberikan pulangan tunai (Cashback) kepada pelanggan apabila mereka membeli-belah di lebih 1,300 stor online, ShopBack telah menghubungkan penjual dan pembeli dengan sistem ganjaran yang menguntungkan kedua belah pihak.
Apabila pembeli berjaya membuat transaksi pembelian di mana-mana stor yang berhubung dengan laman ShopBack, penjual online yang membuat keuntungan dari pembeli akan memberi komisyen kepada ShopBack. Kemudian, ShopBack akan berkongsi komisyen ini dengan pembeli, yang akan menerimanya dalam bentuk pulangan tunai.
Dengan pasukan khusus lebih dari 80 orang yang lengkap dengan pengalaman luas dalam industri e-dagang, ShopBack telah berjaya mewujudkan kehadirannya di lima pasaran, dengan pelan di masa depan untuk meluaskan kedudukannya di peta serantau.
Pada Oktober 2015, Shopback telah dipilih sebagai penerima Gold Award dalam kategori Best Start-up (Growth Stage) dan Silver Award dalam kategori Best Innovative Infocomm Products (Consumers), di Anugerah Singapore Infocomm Technology Federation (SiTF) kali ke-7. Ia adalah langkah pertama start-up tempatan ini dalam anugerah industri, bersaing dengan lebih dari 300 pencalonan untuk meraih kedudukan terhormat.
Muat turun aplikasi mudahalih ShopBack di https://app.shopack.com/media
Alami sendiri ShopBack di https://www.shopback.my
Sertai kami di Facebook https://www.facebook.com/shopbackmalaysia
Sertai kami di Instagram https://instagram.com/shopbackmy
Sertai kami di Twitter https://twitter.com/shopbackmy