OnePlus One boleh didapati secara eksklusif dengan Pelan MaxisONE pada harge RM859. Maxis terus menawarkan peranti-peranti tercanggih pada nilai terbaik kepada para pelanggannya. Rangkaian data unggul Maxis akan membolehkan pelanggan menikmati pengalaman mudah alih yang mengujakan dengan OnePlus One.
Maxis dan OnePlus dengan bangganya mengumumkan pelancaran OnePlus One (One) di Malaysia. Mengikuti persediaan yang telah mengambil masa beberapa bulan, One kini boleh didapati secara eksklusif dengan Maxis, penyedia perkhidmatan komunikasi terkemuka di Malaysia, bermula esok 22 April di semua cawangan Maxis di seluruh negara. Model OnePlus One Sandstone Black 64GB, yang akan dijual pada harga pasaran sebanyak RM1,199, boleh didapati dengan Pelan MaxisONE untuk hanya RM859.
MAXIS BEKERJASAMA DENGAN ONEPLUS UNTUK MEJADI PEMBAWA EKSKLUSIF DI MALAYSIA
OnePlus mempunyai cara pelancaran yang unik untuk perantinya di seluruh dunia. Sehingga baru-baru ini, jemputan diperlukan untuk membeli peranti One di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, Malaysis akan menjadi negara pertama dimana One akan dilancarkan di kedai-kedai Maxis dan tanpa jemputan. Jangkauan luas Maxis dan komitmennya terhadap pengalaman pelanggan yang tidak dapat ditandingi menjadikan mereka pilihan terbaik bagi perkongsian pembawa pertama OnePlus.
Perkongsian terbaru ini merupakan satu lagi pencapaian oleh Maxis dalam membawa peranti tercanggih dari seluruh dunia pada nilai yang terbaik.
“Dalam zaman Internet ini, kami tahu apa yang pelanggan kami ingini, dan itu merupaka peranti-peranti yang terbaik pada harga yang kompetitif. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan satu lagi jenama yang inovatif yang memegang keperibadian di seluruh dunia. Dengan pakej Pelan MaxisONE yang menarik dan rangkaian data yang unggul, pelanggan kami boleh mengharapkan satu pengalaman mudah alih yang mengujakan,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.
Walaupun ia merupakan satu syarikat yang sangat muda dan hanya berusia lebih setahun, One telah dipuji di seluruh dunia sebagai salah satu peranti yang terbaik di pasaran, yang menggabungkan ciri-ciri komputer yang terbaik dalam kelasnya dengan reka bentuk yang menarik. Berikutan sokongan yang luar biasa daripada pengguna Malaysia, Maxis dan OnePlus sangat gembira kerana dapat membawa ‘Flagship Killer’ ini, dan pelbagai aksesori OnePlus, ke rantau ini dengan cara yang belum pernah dilakukan sebelum ini.
“Sejajar dengan perkembangan kami, ia semakin penting untuk bekerja dengan rakan-rakan kongsi yang tepat untuk memberikan pengalaman terbaik. Melangkah dari luar talian merupakan satu pengalaman yang pertama bagi kami dan kami sangat gembira untuk mencari rakan kongsi yang kukuh dalam Maxis yang boleh menolong kami mengambil langkah-langkah pertama,” kata Carl Pei, pengasas bersama OnePlus.
OnePlus One denganPelan MaxisONE | |
Harga Pasaran * | RM1199 |
Harga peranti dengan pelan * | RM859 |
Yuran Komitmen Bulanan * | RM128 untuk 12 bulan pertamaRM158 selepas 12 bulan |
Panggilan | Tanpa had ke semua rangkaian(termasuk talian tetap) |
SMS | Tanpa had ke semua rangkaian |
Internet ** | 3GB (4G LTE)(0 sen untuk Internet selepas kuota berkelajuan tinggi) |
Perayauan | Satu kadar rata untuk perayauan data di 106 negara (RM38/sehari) |
Kontrak | 24 bulan |
* Harga tidak termasuk GST 6%** Dapatkan kuota tambahan sebanyak 1GB (jumlah 4GB) untuk 6 bulan jika dibeli sebelum 28 April
Mementingkan perkhidmatan premium, para pengguna OnePlus boleh mendapatkan jaminan terhad selama satu tahun, dimana untuk bulan pertama, Maxis akan menawarkan perkhidmatan selepas jualan termasuk penukaran mana-mana peranti 1 ke 1 sehingga akhir bulan Mei di Pusat Maxis di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maxis.com.my atau www.oneplus.net.