in

Harga Buffet Berbuka Puasa Ramadan di Red Box Ria

Promosi Masakan Tradisional Di Red Box Ria
Sempena kedatangan Ramadan, pusat karaoke Red Box Ria tidak ketinggalan menyajikan hidangan Melayu tradisional pada harga serendah RM37++ seorang pada hari biasa. Nikmati tulang rusuk kambing dengan haruman karma, peha ayam panggang dengan sos kunyit, udang masak lemak tempoyak, ketam masak tumis udang kering, daging rendang minang, asam pedas ikan tenggiri, rebung dengan perut lemak cili api, tempoyak ikan senagin, ayam kelio, ayam masak ros merah, daging perisa thai sos, rendang tok, taufu bakar dengan kuah rojak, tomyam, sotong sambal petai dan pelbagai juadah antarabangsa lain seperti prawn lemon salad, steam seabass with nyonya sauce, stir fried flower crab with Italian herbs, baked pasta with cheese, sweet & sour dory fish, stir fried hong kong choy sum, kailan ikan masin dan menu lain yang pastinya bertukar setiap hari.

Tidak ketinggalan, tersedia pembuka selera seperti salad, kerabu kacang botor, kerabu sotong nangka muda, kerabu pucuk paku, kerabu mangga muda, kerabu daging, sambal ikan bilis, keropok (crakers), salad so’on jawa style, bergedil, mixed grill salad dan rojak. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut seperti air batu campur, cendol pulut, bubur manis, buah-buahan dan pelbagai jenis kuih muih tradisional melayu & nyonya yang menjadi kemestian semasa berbuka.

Memenuhi permintaan pengunjung yang biasanya datang berkeluarga, Red Box Ria turut tampil menawarkan promosi pakej keluarga / berkumpulan yang menarik dan tentunya lebih menjimatkan pengunjung. Sebagai penghargaan, pelbagai keistimewaan diberikan untuk mereka yang menempah pakej keluarga di mana mereka boleh memilih minuman istimewa selain yang terhidang di kaunter minuman. Antaranya, laici cincau, sirap bandung, ais jagung, sirap limau selasih dan lain-lain.

Promosi ini akan berlangsung sepanjang bulan puasa bermula 21hb Julai 2012 setiap hari bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi 03-2694 7788.

Harga Buffet Berbuka Puasa Ramadan di Red Box Ria

Harga Buffet Berbuka Puasa Ramadan di Red Box Ria

Harga Buffet Berbuka Puasa Ramadan di Red Box Ria

Harga Buffet Berbuka Puasa Ramadan di Red Box Ria

Harga Buffet Berbuka Puasa Ramadan di Red Box Ria

Harga Buffet Berbuka Puasa Ramadan di Red Box Ria

Harga Buffet Berbuka Puasa Ramadan di Red Box Ria

Harga Buffet Berbuka Puasa Ramadan di Red Box Ria

Harga Buffet Berbuka Puasa Ramadan di Red Box Ria

Harga Buffet Berbuka Puasa Ramadan di Red Box Ria

KAD GANJARAN PERAYAAN RED BOX RIA
Sempena musim perayaan yang berlangsung dari Julai hingga September, Red Box Ria turut menawarkan hadiah wang tunai dan barangan elektrik untuk pengunjung setianya.

Sepanjang tempoh tiga bulan tersebut, pengunjung akan diberikan satu ‘Kad Ganjaran Perayaan’ yang melayakkan mereka untuk menyertai peraduan ‘Kumpul Setem & Menang’. Terdapat lima kotak setem untuk dipenuhi. Hanya kunjungi Red Box Ria sebanyak lima kali dalam tempoh tersebut, pengunjung layak untuk ke pusingan cabutan bertuah.

Pun begitu, setiap kotak setem tersebut sebenarnya turut menawarkan hadiah tersendiri, berupa baucar tunai sumbangan Cinema Secrets, Sen Heng & Red Box Ria sendiri. Manakala ganjaran untuk pusingan cabutan bertuah pula berupa tunai beserta barangan elektrik dan pakej karaoke bernilai lebih RM10,000. Pemenang yang terpilih akan diumumkan melalui laman web Red Box, www.redbox.com.my.

PROJEK AMAL RED BOX 2012 BERSAMA THE MALAYAN – ‘WE CARE’
Kempen mengumpul dana kebajikan tahunan yang bertemakan ‘WE CARE’ di bawah tabung Red Energy Charity Fund kini rancak berlangsung di semua rangkaian karaoke Red Box. Mulai 1 Mei hingga 31 Julai, pelanggan boleh membeli beg amal ‘WE CARE’ di mana-mana rangkaian Red Box, Green Box dan Red Box Ria yang terletak di seluruh Malaysia.

Misi ‘WE CARE’ tidak lain tidak bukan adalah untuk menyokong usaha Yayasan Nur Karangkraf dalam membela nasib golongan terbiar seperti ibu tunggal dan anak yatim melalui sumbangan wang ringgit. Disokong oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Red Box berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan FIGOS dan Jamu Mak Dara dalam membantu memberi kehidupan yang lebih baik kepada golongan yang kurang berkemampuan melalui kempen ini.

Sebagai menyokong usaha ini, pada 5hb Julai yang lalu, kumpulan The Malayan di bawah pengurusan Universal Music Malaysia telah turun padang untuk menjual beg ‘WE CARE’ secara langsung kepada pelanggan di Red Box Ria. The Malayan turut mengambil kesempatan tersebut untuk mempromosikan album terbaru mereka yang telah pun berada di pasaran.

“Apa yang menarik tentang beg amal ‘WE CARE’ ini ialah, pembeli bukan sahaja dapat berkaraoke, malah mereka berpeluang memiliki Novel kegemaran, produk Jamu Mak Dara dan menikmati baucar diskaun Red Box & produk FIGOS pada masa yang sama! Dan yang paling penting, mereka turut berpeluang memiliki album terbaru The Malayan. Terdapat empat jenis baucar; RM5, RM10, RM20 dan ‘Beli 1 Percuma 1’ baucar Red Box. Beg tersebut mungkin bernilai lebih daripada RM200 tetapi mereka hanya perlu mendapatkannya pada harga RM25 sahaja! “, ujar Andy, selaku vokalis kumpulan terbabit.

Sementara itu, Ms. Valerie selaku Pengarah Urusan Kumpulan Red Box Karaoke berkata, “Dari jualan setiap beg, RM10 akan disalurkan kepada Yayasan Nur Karangkraf dalam menyokong program-program yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup ibu tunggal dan anak yatim yang dibela oleh yayasan. Sokongan berterusan yang kami terima daripada pelanggan dan bantuan rakan rasmi seperti FIGOS, Jamu Mak Dara dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), sambutan terhadap ‘WE CARE’ setakat ini amat memberangsangkan dan kami teruja untuk menempah satu lagi kejayaan!”.

Valerie menambah, “Ini adalah musim ketiga kempen amal seumpama ini diadakan dan kami gembira kerana berjaya mencapai matlamat tanggungjawab korporat kami setakat ini. Pada 2009, dana pertama dengan jumlah sebanyak RM 20,881.26 berjaya disalurkan kepada World Vision untuk membina telaga dan projek tangki air di Ba Thuoc, Vietnam. Pada tahun 2010, satu lagi usaha membantu World Vision berjaya dilaksanakan, di mana semua wang yang dikutip hasil dari jualan 1000 tabung artis Nicholas Teo (edisi terhad) yang berharga RM 25 setiap satu berjaya didermakan kepada World Vision. Kami berharap agar kempen ‘WE CARE’ menempah satu lagi kejayaan agar dapat membawa harapan dan kehidupan yang lebih baik untuk ibu tunggal dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Jawab Kontroversi Persembahan di Kelantan

Siapa Pemenang Imam Muda Terunggul Musim Ketiga