in

Harga Bufet Ramadhan di KL Tower Menara Kuala Lumpur 2015

Moh Kito Berbuko! Hayati bulan Ramadhan ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda di Bufet Ramadhan @ KL Tower pada 23 Jun hingga 12 Julai 2015, bermula 6.30 hingga 10.00 petang di Mega View Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.

Anda juga boleh menikmati masakan ‘Kampung’ dan banyak hidangan lazat oleh Chef Ismail, dan jangan lepaskan peluang untuk bertemu beliau pada setiap Rabu dan Jumaat untuk melengkapkan pengalaman berbuka puasa anda di Menara Kuala Lumpur!

Nikmati harga istimewa ‘Early Bird’ sebelum 30 April 2015, berharga RM79++ untuk dewasa dan RM47++ untuk kanak-kanak. Manakala, dari 1 Mei sehingga 15 Jun 2015, Bufet Ramadhan ini berharga RM89 ++ untuk dewasa dan RM53 ++ untuk kanak-kanak. Harga biasa untuk Bufet Ramadhan adalah RM99++ untuk dewasa dan RM59++ untuk kanak-kanak. Percuma untuk kanak-kanak dari 1 hingga 3 tahun dan juga percuma tiket masuk ke Pelantar Permandangan, Menara Kuala Lumpur.

Jangan tunggu lagi! Rancanglah Ramadhan anda bersama yang tersayang hari ni untuk ke Ramadhan Buffet @ KL Tower. Dapatkan satu (1) bufet percuma bagi setiap pembelian bufet dewasa ke-10. Surau disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2020 5444 dan layari www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl.

Harga Bufet Ramadhan di KL Tower Menara Kuala Lumpur 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Adds Disney On Demand To Its Astro Plus Offering

Trailer Rasmi JURASSIC WORLD Terbaru