in , ,

Harapan Kapten Naim & Kapten Akim Untuk Pentas Akhir Terpaling Juara

Setelah 7 minggu, program hiburan popular TV3, Terpaling Juara bakal melabuhkan tirainya dan menyaksikan 4 finalis berentap untuk gelaran Terpaling Juara dan hadiah wang tunai sebanyak RM100, 000!

Aqmal (Kapten Naim), Hazami (Kapten Akim), Rahmad Mega dan Shaz (Kapten Hael) bakal mempersembahkan dua lagu iaitu sebuah lagu solo dan sebuah lagu berduet dengan kapten masing-masing. 

Uniknya program ini apabila ia menggabungkan penyanyi senior dan junior dengan 3 kapten yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij, Anugerah Juara Lagu. Kolaborasi itu menyaksikan kapten-kapten membimbing para peserta untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL. Lagu – lagu popular AJL akan diberikan nafas baharu dan pasti menggamit nostalgia penonton Terpaling Juara! 

Harapan Kapten Naim & Kapten Akim Untuk Pentas Akhir Terpaling Juara

Menjelang pentas akhir Terpaling Juara yang akan bersiaran langsung pada hari Ahad ini, kesemua kapten dan peserta sedang rancak berlatih dan bersiap sedia. Jom, kita mengikuti persiapan mereka dan mengetahui apakah harapan dan pesanan dari kapten Naim dan kapten Akim untuk peserta mereka. 

Kapten Naim berkata, “Apabila berjaya mara ke pentas akhir, saya betul-betul bersyukur dan merasakan ini adalah peluang yang terbaik untuk Aqmal membuktikan bahawa beliau mampu memberikan persembahan yang memukau. Kita dapat melihat bagaimana perkembangan dan peningkatan Aqmal dari seminggu ke seminggu. Bermula dengan seorang yang segan di atas pentas, kini Aqmal boleh menguasai pentas dengan penuh yakin dan ‘enjoy’ dalam menyampaikan lagu. Untuk episod akhir, Naim akan cuba sedaya upaya untuk melihat sejauh mana Aqmal boleh pergi dan apa yang Aqmal boleh buktikan pada malam itu.

“Pemilihan lagu untuk Aqmal, kita bawakan lagu Sampai Syurga untuk persembahan solo dan lagu Di Amaran Mama untuk duet bersama kapten. Pemilihan lagu itu sebenarnya Naim cuba untuk mengetengahkan lagi vokal Aqmal, sebab Sampai Syurga ialah lagu ‘power vocal’ yang kita boleh highlight. Untuk lagu Di Amaran Mama pula, kita nak ada perwatakan ceria, cheeky dan playful dalam persembahan. Jadi, kita cuba bawakan 2 mood yang berbeza di pentas akhir nanti. 

“Sepanjang berkolaborasi dengan Aqmal, Naim tahu dari peringkat awal, Aqmal seorang yang suka simpan. Jadi, apabila dapat peluang pada setiap minggu untuk membuktikan diri yang dia mampu buat dan Naim nampak perkembangan itu sangat bagus untuk Aqmal bagaimana beliau boleh menguasai pentas dengan baik dari semasa ke semasa. Jadi Naim percaya jika Aqmal betul-betul bersungguh dalam apa dia lakukan dia boleh pergi jauh lagi. 

Untuk pentas akhir, strategi kita nak all out, dan persiapan kami dalam keadaan yang terkawal. Kami tak nak ada kejutan yang keterlaluan sebab takut penjurian lebih tumpu kepada vokal Aqmal. Harapan Naim buat Aqmal, semoga maju jaya. Ikhlas dalam membuat persembahan dan enjoy. Apa yang telah dilakukan selama ini, segala tips atau input yang diberikan, Naim harap boleh diaplikasi dengan baik. Naim doakan  Aqmal dan peserta lain iaitu Shaz, abang Rahmad dan abang Hazami supaya sentiasa dalam keadaan baik dan boleh membuat persembahan dengan begitu baik pada hari final nanti,” tambah Naim. 

Harapan Kapten Naim & Kapten Akim Untuk Pentas Akhir Terpaling Juara

Bagi Kapten Akim, “Saya gembira sebab berjaya melangkah ke final, terima kasih kepada abang Hazami kerana berusaha keras pada setiap minggu. Saya ucapkan tahniah kepada abang Hazami kerana berjaya melayakkan diri ke final dan saya ada peserta untuk turut bersama. Untuk pemilihan lagu-lagu di pentas akhir, saya banyak bertanya dengan abang Hazami apa lagu yang  abang Hazami ingin menyanyikan. Jadi abang Hazami memilih “Luluh” dari Khai Bahar untuk persembahan solo dan lagu duet bersama dengan kapten, abang Hazami mencadangkan lagu “Joget Angan Tak Sudah” dari Jay Jay. Lagu-lagu ini adalah pilihan abang Hazami, jadi saya juga gembira lagu yang dipilih untuk berduet dengan saya pun tak adalah lagu yang susah untuk saya nak ingat lirik itu, maklumlah saya susah untuk menghafal lirik itu.

“Kebanyakannya persembahan di malam Ahad nanti bersahaja dan biasa,  tak adalah  yang ‘extra’ dari segi persembahan tapi apa yang paling saya utamakan dari awal minggu lagi saya menitikberatkan ‘groove’ atau rentak dalam nyanyian. Rentak dalam nyanyian itu sangatlah penting untuk penyanyi menyanyikan sebuah lagu sebab kalau dia berada dalam rentak atau pun dalam ‘groove’,  nyanyian itu akan kedengaran ‘lazat’. Sebab itu, saya tidak meletakkan persembahan itu extra atau ‘wow’, sebab saya memang betul-betul menitikberatkan nyanyian. 

“Kami tidak ada strategi pun untuk pentas akhir tapi kita cuba hiaskan pentas itu dengan alat muzik tambahan antaranya quartet strings, rebana, akordion untuk lagu “Joget Angan Tak Sudah”. Jadi,  alat muzik itu akan mengiringi persembahan duet kami dan juga persembahan solo Hazami. Harapan saya untuk pentas akhir, saya harap semuanya berjalan dengan lancar. Yang paling penting, semuanya lancar dan tak ada masalah, semua baik-baik sahaja dan paling penting saya harap abang Hazami dapat bersaing untuk menjadi terbaik dan terpaling juara Insya-Allah. Untuk semua peserta, saya harap semuanya berjalan dengan lancar,” tambah Akim. 

TERPALING JUARA mempertaruhkan 3 kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang penyanyi junior mempertaruhkan lagu – lagu popular yang pernah tercalon di semua edisi Separuh Akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL). 

Terpaling Juara dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir, Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap dan bersiaran untuk 8 episod. Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000, pemenang ketiga bakal menerima RM30,000 dan pemenang keempat pula akan menerima RM10,000.

Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.  Layari www.xtra.com.my/terpalingjuara untuk info terkini. 

Sidang produksi Terpaling Juara diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif kanan, Ikha Arnisya Mohd Anuar sebagai penerbit eksekutif, dan Azrul Effendi Abdullah sebagai penerbit. Jangan ketinggalan untuk menonton Terpaling Juara mulai 21 Ogos 2022, setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

APPLE

Jam Tangan Pintar Apple Watch Ultra Kini Boleh Mula Dibeli di Malaysia

Pelakon Nad Zainal Akui Lebih Tenang & Gembira Selepas Bercerai