in , ,

Haqiem Rusli Sah Bergelar Suami Anis Sofea

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Haqiem Rusli yang selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, Anis Sofea dengan dua kali lafaz sebentar tadi di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Penyanyi lelaki popular negara, Haqiem Rusli, 24, telah sah bergelar suami kepada gadis jelita, Anis Sofea, 19, dengan dua kali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada jam 3 petang. Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat pasangan. 

Anis Sofea Haqiem Rusli

Haqiem Rusli atau nama sebenar Ridzuan Haqiem bin Rusli menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada pasangan tercinta Wan Anis Sofea binti Wan Zamzuri, atau lebih mesra disapa Anis Sofea. Pasangan sama cantik sama padan ini memanjat kesyukuran hari bahagianya berjalan dengan lancar dan diraikan dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga tercinta, kenalan rapat dan media sahaja mengikut prosedur operasi standard (SOP) penganjuran majlis perkahwinan dan sosial yang telah ditetapkan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4. 

Haqiem Rusli meluahkan rasa syukur majlis akad nikah berjalan lancar, Haqiem berkata Ani cukup sempurna di matanya dan sikap lemah lembut berjaya menambat hatinya.

“Dia amat sempurna buat saya dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilan dia yang menambat hati saya untuk memilikinya,”

– Haqiem Rusli

Sementara itu, Anis berkata sikap bertanggungjawab serta mempunyai cita-cita tinggi membuat hatinya terpikat dengan Haqiem.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,”

– Anis Sofea

Meraikan hari yang bahagia ini, pasangan telah memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan dan resepsi secara tertutup bertemakan “Wedding in the Sky” atau “Raikan Cinta di Langit Asmara” bertempat di skyGlass Cyberjaya. Bertempat di Aras 22 SkyPark Cyberjaya, skyGlass Designer Event Hall merupakan dewan acara berprestiij berkonsepkan “Glasshouse” dan “Modern Victorian” yang menawarkan pemandangan panorama 360 darjah seluruh Cyberjaya, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur City Centre. 

Menyempurnakan hari yang bersejarah pasangan Haqiem dan Sofea ini, perunding perkahwinan Primadona Events dan juga Ben Signatures Event telah merancang majlis indah ini dalam masa tiga bulan secara privasi. Majlis perkahwinan yang bertemakan “Garden Wedding” beronakan warna putih dan hijau taman diolah oleh Mega Bridal Creations bagi majlis Ijab dan Qabul yang diadakan di skyLounge, Aras 20 di SkyPark Cyberjaya. Pasangan mengenakan busana indah dari pereka terkenal, Razman Razmi bagi majlis indah ini. 

Anis Sofea Haqiem Rusli

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MICKEY MOUSE

7 Facts About Our Favourite Disney Icons Minnie & Mickey Mouse You Probably Didn’t Know

Semua Terselamat, Tiada Penyingkiran di Maharaja Lawak Mega Minggu Keenam