in ,

Pakar Psikiatri Sahkan Haqiem Rusli Moderate Depression

Selepas sidang media tergempar, keesokan harinya, Jumaat, Haqiem Rusli telah pergi berjumpa dengan doktor menjalani rawatan psikiatri di sebuah pusat psikologi swasta disahkan sedang menghidapi penyakit kemurungan atau dalam istilah perubatannya moderate depression.

Haqiem Rusli

Menurut pegawai perhubungan awam FMC Music, Sam Samin, atas persetujuan bersama antara syarikat rakaman dan ahli keluarga Haqiem, penyanyi lagu Tergantung Sepi itu dibawa ke pusat rawatan tersebut untuk berjumpa dengan pakar psikiatri bagi mendepani masalah tekanan dihadapinya.

Haqiem Rusli

“Selepas beberapa sesi dijalankan, pakar tersebut, S.S. Yong menjelaskan Haqiem sememangnya mengalami masalah kemurungan yang dikategorikan sebagai moderate depression.


“Difahamkan, masalah depresi dibahagikan kepada tiga kategori iaitu mild (ringan), moderate (sederhana) dan severe (kronik).


“Antara punca berlakunya kemurungan sederhana atau pertengahan ini adalah disebabkan kurang keyakinan diri, terlalu sensitif dan kerisauan melampau,”

Tambah Sam, proses rawatan tersebut berjalan dengan lancar dan Haqiem sendiri memberikan komitmen sepenuhnya untuk menangani masalah dihadapinya.

Haqiem Rusli

Haqiem Rusli

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haqiem Rusli Minta Maaf, Bakal Jumpa Pakar Psikiatri

Video Najib Didakwa Trending di Youtube Malaysia