Penyanyi Haqiem Rusli tidak pernah menipu mengenai pendedahannya berhubung masalah kemurungan dihidapinya sejak awal tahun ini.
Sebaliknya kata Haqiem, salah faham mengenai pengakuannya itu terjadi kerana menggunakan perkataan yang salah dalam menjelaskan situasi dihadapi ketika ini.
Jelas penyanyi lagu Tergantung Sepi ini, dia sebenarnya mengalami kemurungan ringan namun tidak pernah merujuk perkara itu kepada pakar psikiatri.
“Saya bukan orang yang bijak, apabila saya kata kemurungan dalam menggambarkan situasi mungkin saya salah pilih perkataan namun saya tidak menipu mengenai perkara itu.
Betul Ke Gimik Depresi Haqiem Rusli Lagu SELAMAT TINGGAL SAYANG Dirancang?
Haqiem Rusli mendedahkan alami kemurungan ringan.
“Sebenarnya saya mengalami kemurungan ringan disebabkan tekanan kerja, masalah tidur, berat badan tidak menentu selain tekanan akibat kecaman daripada netizen.
“Takkan saya nak main-main dengan perkara ini… Saya menanggungnya seorang diri malah pernah merujuk dengan rakan yang pernah mengalami perkara sama dan ia menunjukkan tanda-tanda jelas kemurungan ringan,”katanya.
Haqiem ditemui pada sidang media khas yang diadakan pada malam Khamis.
Dalam pada itu, Haqiem berkata, dia bakal bertemu dengan pakar psikiatri di sebuah hospital pada Jumaat bagi mengetahui sama ada dia benar-benar menghadapi kemurungan atau pun mengalami masalah lain.
“Saya tidak bertemu dengan doktor sebelum ini kerana perasaan ego dan degil untuk mendapatkan bantuan.
“Tetapi selepas apa yang berlaku, pihak pengurusan saya telah mengaturkan pertemuan dengan pakar psikiatri bagi mengetahui keadaan sebenar saya,” katanya.
Sementara itu, pada sidang media diadakan, Haqiem turut tampil memohon maaf rentetan kontroversi melanda dirinya selepas mengumumkan dia bakal bersara sebagai penyanyi kerana mengalami kemurungan.
Haqiem Rusli Akhirnya Mengaku Bersalah & Melakukan Kesilapan
Penyanyi Ernie Zakri, Wany Hasrita dan wakil pengurusannya Sam Samin turut berada pada sidang media berkenaan.
Kata Haqiem, dia sedar apa yang dilakukan salah memandangkan dia masih mentah namun menegaskan ia bukan gimik seperti didakwa selain meminta diberikan peluang kedua agar dapat memperbaiki kesilapannya.
“Setiap manusia melakukan kesalahan dan kesilapan. Apa yang saya alami bukan disebabkan orang lain tetapi lebih kepada perubahan gaya hidup selepas bergelar selebriti.
“Beri peluang kedua pada saya untuk menebus kembali kesilapan yang dilakukan… Saya rendah diri untuk memohon maaf kepada semua,” katanya.
Haqiem turut memohon maaf kepada Ernie Zakri dan Wany Hasrita selepas insiden mereka muncul dalam sebuah program Facebook Live di sebuah stesen radio sehingga mengheret nama dua penyanyi itu dalam kontroversi dirinya.
“Mereka tidak bersalah… Apa yang berlaku adalah salah faham dan saya benar-benar mohon maaf,””ujarnya.
Sebelum ini Ernie meluahkan rasa kesal kerana dijemput dalam dalam rancangan itu tanpa dimaklumkan adanya Haqiem.
Ernie mendakwa kenyataan pemuda itu mengenai kemurungannya hanyalah gimik bagi meraih sokongan terhadap single terbaharu dilancarkannya iaitu Selamat Tinggal Sayang.
Selain Ernie, penyanyi Sufi Rashid dan Caprice turut mengkritik Haqiem.
Sumber: Mstar Online
Ini Kata Akhir dari Ernie Zakri & Wany Hasrita Mohon Semua Berdamai