in , ,

Haqiem Rusli Hubungi Syamsul Yusof, Tawar Diri Untuk Berlakon Filem

Setelah berjaya dalam bidang nyanyian, Haqiem Rusli menyatakan dia mahu mencuba untuk menceburi bidang seni yang lain pula.

Haqiem berkata, dia sebenarnya mempunyai hasrat untuk berlakon filem dan pernah menghubungi Syamsul Yusof sendiri dan menawarkan diri untuk berlakon.

“Saya teringin nak berlakon filem, cuma tak diberi peluang lagi. Dalam nyanyian ni bukanlah saya dah puas. cuma saya nak cuba benda yang lain pula.

“Baru-baru ini saya ada hubungi Syamsul Yusof. Saya beritahu supaya beri saya peluang untuk berlakon filem. Cuma saya cakap dalam nada gurau, tetapi mana tahu ia boleh jadi kenyataan.

“Kemudian dia ajak saya buat lagu dan dia akan tawar saya berlakon filem. Saya tak pasti itu hanya gurauan atau tidak, tetapi sekarang ini memang itu yang saya impikan,” ujarnya.

Haqiem berkata demikian ketika ditemui semasa Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung baru-baru ini.

Ketika ditanya apa yang membuat dia tertarik untuk berlakon filem, penyanyi itu menyatakan semuanya timbul apabila bertemu dengan Datuk Rosyam Nor.

“Ketika itu saya dan beliau bekerjasama semasa persembahan Anugerah Juara Lagu 34 (AJL) menerusi lagu Lembah Kesepian.

“Kemudian beliau telah bercerita tentang bidang lakonan dan itu yang membuatkan saya terus rasa tertarik untuk berlakon,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya kenapa dia tertarik untuk berlakon di bawah arahan Syamsul, penyanyi itu memberitahu dia sememangnya sangat berminat dengan filem-filem yang dihasilkan pengarah tersebut.

*Sumber: KopiPlanet.com

‘Saya Nak Sangat Berlakon, Tapi Tak Nak Pegang-Pegang’ – Haqiem Rusli

Komposer dan penyanyi Haqiem Rusli, 22, menyatakan hasrat teringin berlakon filem, namun tidak akan sesekali melakukan babak bersentuhan dengan pelakon wanita yang berganding dengannya.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli berkata, dia sedia untuk mempertahankan prinsipnya itu jika berdepan dengan situasi sebegitu apabila sudah terbabit dalam lakonan kelak.

“Selain menyanyi, saya sebenarnya teringin nak berlakon filem. Cuma, belum diberikan lagi peluang itu. Keinginan (berlakon) ini tercetus selepas berborak dengan Datuk Rosyam Nor selepas persembahan kami di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang lalu.

“Mendengar sendiri pengalaman beliau, membuatkan saya mahu berlakon pula. Saya mahu tunjukkan sisi berbeza diri yang bukan sekadar seorang penyanyi sahaja.

“Bagaimanapun, sekiranya membabitkan babak seperti berpegangan tangan dengan pelakon wanita, saya takkan buat. Saya akan berjuang untuk perkara itu disebabkan mahu mengekalkan prinsip diri saya,” katanya.

Penyanyi lagu Lembah Kesepian itu mendedahkan dia juga ada menghubungi pengarah Syamsul Yusof berkenaan peluang untuk berlakon, baru-baru ini.

“Seperti baru-baru ini, saya ada hubungi Syamsul untuk menawarkan diri berlakon dalam nada bergurau. Mana tahu, hajat saya kesampaian. Syamsul pun kata nak bagi peluang, tapi tak pastilah jika dia sebenarnya serius. Namun, saya memang nak.

“Saya pilih Syamsul kerana memang suka dengan filem-filemnya dan berhasrat juga nak bekerja dengan dia. Bagi saya, dia sangat santai dan senang berborak berbanding takut pula jika berbual dengan pengarah lain yang lebih senior,” katanya.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahang Makin Sakit, Naim Daniel Kini Masih Berehat

Bakti Terakhir Hafiz Mahamad Buat Sahabat, Jadi Driver Van Jenazah & Tawar Diri Jadi Imam