in , ,

Hanya Sekali Lafaz, Pelakon Fendy Bakry Selamat Bernikah Dengan Ayu

Pelakon Fendy Bakry selamat bernikah dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Ayu, 27, dengan hanya sekali lafaz di Dewan Setia Alam, Shah Alam, semalam.

Pelakon Fendy Bakry, 32, membuat kejutan apabila melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihannya yang hanya dikenali dengan nama Ayu, 27, malam tadi.

Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri berkata, majlis pernikahan berlangsung selepas Isyak di sebuah dewan di Setia Alam, Shah Alam yang hanya dihadiri kira-kira 30 ahli keluarga terdekat.

Hanya Sekali Lafaz, Pelakon Fendy Bakry Selamat Bernikah Dengan Ayu

Fendy, 32, atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri berkata, hanya majlis nikah dibuat terlebih dahulu kerana mahu mendahulukan perkara wajib.

Pelakon yang meledak menerusi drama Mr Grey itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3008 berserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. Sebelum ini, pasangan ini melangsungkan pertunangan secara ringkas sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasa pada Mac lalu.

Hanya Sekali Lafaz, Pelakon Fendy Bakry Selamat Bernikah Dengan Ayu

“Jika ikutkan, kami tak bercinta bagai nak rak. Tiada nak berdating atau bergayut telefon selama 24 jam. Kami kenal tiga tahun lalu selepas bertemu di Festival Teater Kebangsaan, Kedah kerana memberi sokongan kepada persatuan teater masing-masing.

“Salah satu perkara mencuri hati adalah keperibadiannya. Isteri tak kisah bersusah payah demi saya. Secara kebetulan, saya berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, jadi dia banyak membantu. Susah nak jumpa orang sepertinya,”

– Fendy Bakry

Memilih persalinan berwarna kuning pada hari bahagia, Fendy berkata, dia berasakan usia sekarang sudah dilihat cukup matang untuk hidup berumah tangga.

“Saya mahukan teman hidup, lagipun pembantu peribadi sudah tidak bersama saya lagi. Sampai masa ada isteri menguruskan makan pakai.

“Jika terjadi apa-apa, ada isteri boleh uruskan,” kata pemilik perniagaan Bhenang Kitchen itu.

– Fendy Bakry
Hanya Sekali Lafaz, Pelakon Fendy Bakry Selamat Bernikah Dengan Ayu

Fendy berkata, dia bukannya sengaja tidak mengundang ramai tetamu termasuk media massa, tetapi terbatas dengan prosedur operasi standard (SOP), selain atas permintaan keluarga isteri.

“Keluarga sepakat mahu meneruskan perkara wajib dahulu. Nak jemput ramai pun takut ada yang terlepas pandang dan terasa hati.

“Insya-Allah, kami akan mengadakan majlis resepsi, tetapi belum ada tarikh tepat. Mungkin tahun depan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih diteruskan hingga hujung tahun ini.

“Lagipun, saya dan isteri akan sibuk dengan komitmen kerja selepas ini. Selain perniagaan, saya akan kembali ke lokasi penggambaran hujung September.

“Bagaimanapun, saya tak boleh terima tawaran watak utama yang memerlukan komitmen panjang kerana masalah kesihatan. Setakat watak pembantu, insya-Allah boleh. Saya pun tak nak susahkan produksi,” katanya belum memikirkan soal bulan madu.

– Fendy Bakry

Mengimbas detik pertemuan, jejaka kelahiran Perlis itu berkata, semuanya berlaku tanpa diduga.

“Saya selamba tanya isteri, nak kahwin dengan saya tak sekitar Mac lalu. Dia cakap jika serius kena jumpa keluarganya.

“Majlis tunang diadakan dalam keadaan ringkas kerana kebetulan mak saya berada di Kuala Lumpur. Kemudiannya, kami putuskan untuk bernikah.

“Ikutkan perancangnya, kami bernikah pada Januari tahun depan. Tetapi, lebih baik mempercepatkan perkara baik. Tiada guna nak tangguh lagi kerana tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang,” katanya.

– Fendy Bakry
Sumber: BH Online
Hanya Sekali Lafaz, Pelakon Fendy Bakry Selamat Bernikah Dengan Ayu

Fendy Kini Bergelar Suami

“Alhamdulillah, terima kasih atas ucapannya. Majlis berlangsung semalam. Insya Allah untuk majlis resepsi saya akan jemput rakan media.

“Tapi majlis bukan dalam masa terdekat sebab masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),”

– Fendy Bakry

Terdahalu, Fendy yang popular menerusi drama Mr. Grey berkongsi berita gembira itu di Instagram.

“Alhamdulillah dengan sekali lafaz abam score weh!!! Terima kasih buat adik beradik semua yang datang ke majlis kecil kami.

“InshaAllah majlis resepsi akan menyusul kelak. Untuk masa sekarang abam mewajibkan yang mana perlu didahulukan.

“Jangan risau akan abang jemput semua media dan kawan-kawan yang selalu sokong abang. Takkan ada RSVP ok,” katanya.

– Fendy Bakry
Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zain Saidin Kena Kolestrol Tinggi, Akui Che Ta Masak Sedap Sangat

BTS, Lady Gaga, Ariana Grande Menang Besar di MTV VMA 2020