in , ,

Hanya Gimik! Sharnaaz Nafi Dah Bertunang Dengan Amelia Christie

“Maaf bukan lagi duda pilihan anda!,” itu hanyalah satu gimik?

Pelakon Sharnaaz Ahmad menafikan sudah mengikat tali pertunangan dengan Amelia Christie selepas kecoh berita tersebut tersebar dalam media sosial.

Menurut Kosmo!, apa yang dikongsikannya dalam Instagram hanyalah gimik semata-mata.

“Tak. Gimik. Itu sahaja saya boleh kata,” ujarnya.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memberitahu, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa foto tersebut dipadam tidak berapa lama selepas

“Maaf, Saya Bukan Lagi Duda Pilihan Anda!” – Sharnaaz Ahmad Tunang?

“Malas nak layan. Saya banyak kerja sebab itu, saya padam gambar. Tunggu ‘posting’ yang dah betul nanti.
“Lantak merekalah nak tulis apa dah memang kerja mereka. Tunggu muat naik yang sudah disunting nanti,”

– Sharnaaz Ahmad

Tegas Sharnaaz, 38, foto yang dikongsi tidak menampakkan langsung wajah wanita yang disandingkan namun segelintir pihak memandai-mandai membuat spekulasi sendiri.

Terdahulu, Sharnaaz berkongsi sekeping foto berbaju Melayu lengkap bersama kanak-kanak lelaki mirip anaknya, Jebat Jayden dan seorang wanita yang mengenakan persalinan sedondon berwarna biru muda.

Menerusi kapysen yang ditulis Sharnaaz, dia memaklumkan bahawa dia sepertinya sudah mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya iaitu pelakon baharu, Amelia Christie Lim.

“Maaf bukan lagi duda pilihan anda!,” tulisnya.

Apa yang menarik perhatian adalah tanda pagar yang digunakan iaitu #SxAeday, #MamuKenaGari dan #DalamHatiAdaTaman.

Walaubagaimanapun, Sharnaaz dilihat telah memadam perkongsian tersebut daripada Instagramnya beberapa minit kemudian. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GLAMPING SELANGOR TRAVEL

Tourism Malaysia Lancar ‘Durian Tourism’ 2023, Bufet Durian RM50 Seorang!

Aliff Syukri Pernah Terfikir Nak Bercerai Sebab Isteri Tak Faham Dirinya