HANS ISAAC SUDAH BERPUNYA

Pelakon juga pengarah kacak iaitu Hans Isaac, mengakui dia kini sedang dalam proses saling mengenali teman istimewanya. Namun, tatkala ditanya siapakah teman istimewa dimaksudkan itu, Hans masih merahsiakannya.

“Rasanya, tunggulah bila sudah pasti dulu,” kata Hans ringkas. “Dia bukan dari industri hiburan. Saya mengenalinya dalam sebuah majlis perlancaran melalui kawan,” tambahnya bila diminta mengenai teman istimewa itu. Menurut dia lagi, hubungan mereka baru mula berputik kira-kira dua bulan lepas, dah menjadi lebih serius dalam bulan berikutnya.

Tetapi, setelah melalui masa sukar dalam perjalanan cintanya. Bagaimna boleh Hans memulakan sebuah babak baru dalam percintaannya itu. Hans menceritakan, “Saya mengambil keputusan ini apabila bangun dari tidur pada satu hari. Fikir saya, rasanya, sudah cukup berkeseorangan selama satu tahun lebih. Sekarang pun saya semakin matang.”

Hans Isaac ditemui selepas majlis pra tonton filem terbarunya iaitu ‘Tipu Kanan Tipu Kiri’ arahan sutradara Sharad Sharan. Selain Hans barisan pelakon turut membintangi filem tersebut ialah Natasha Hudson, Titi Kamal, Sazzy Falak dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Hans ditanya apakah kesukaran dalam membawa watak Ram di dalam filem tersebut, terangnya, “Bila mula membaca skrip itu, saya sendiri tidak faham watak apa yang perlu dibawa. Hingga saya mengadakan tiga pertemuan dengan Sharad untuk menghalusi watak itu. Seperkara lagi, pada permulaannya, watak dibawakan oleh saya dikehendaki bertutur dalam bahasa Indonesia. Tetapi sepanjang proses itu, saya fikirkan adalah wajar jika dialog tersebut di dalam bahasa Melayu, lebih sesuai.”

“Selain itu, pada mulanya saya sendiri tidak tahu samada ‘Tipu Kanan Tipu Kiri’ merupakan sebuah karya filem Indonesia atau Malaysia. Rupanya ialah sebuah filem berunsur nusantara,” tambahnya lagi.

Di dalam filem ini Hans Isaac telah membawa watak seorang suami takut kepada isterinya. Maka, dia ditanya apakah membeza watak ini dengan sebelumnya. Jelas Hans pula, “Watak yang diberikan lain dari lain. Ianya cukup berbeza juga memerlukan lebih ekspresi. Untuk watak ini juga, tiada rujukan dibuat melainkan saya cuba memahami kehendak pengarah dan berikan sesuatu yang segar.

Untuk projek terbaru pula, dia bakal mengarah dua buah filem juga bakal membintangi sebuah drama bersiri iaitu, ‘Awan Dania.’ Selain itu, Hans juga akan terlibat dengan pementasan komedi ‘stand up’ iaitu ‘Nationwide Stand Up Comedy’ bakal dipentas di Kota Kinabalu, Kuching, Miri, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Mengenai filem terbaru bakal diarahnya pula, Hans sekali lagi menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka iaitu Celcom. Untuk rekod, karyanya sebelum ini iaitu ‘Cuci’ juga telah mendapat tajaan dari Celcom.

Dalam keadaan ada pihak mengatakan syarikat telekomunikasi cukup payah memberikan ‘pertolongan’ kepada pengiat seni, berlainan pula dengan Hans. Jadi untuk menjelaskan perkara ini, dia ditanya, apakah kelebihan juga keistimewaannya sehingga berjaya menawan hati Celcom.

“Saya pernah mendapat pendidikan dalam bidang pemasaran. Jadi, tahu apa yang dikehendaki oleh sesebuah pihak. Dengan pengetahuan itu, saya memenuhi kehendak dan keperluan mereka. Jadi itulah keistimewaan saya. Selain itu, menurut pihak Celcom juga, filem ‘Cuci’ telah berjaya mencapai kriteria yang dikehendaki,” ulasnya.

Dalam keseronokan untuk mengarah dua buah filem, masih ada pisah mempersoalkan kredibiliti Hans sebagai pengarah. Contohnya untuk filem ‘Cuci’ di mana ianya terlalu kelihatan seperti ‘Afdlin.’ Hans diminta untuk menjelaskan stigma ini.

“Pertamanya, kawan-kawan, Afdlin Shauki, Harith Iskandar merupakan mentor dalam dunia pengarah bagi saya. Jadi untuk filem pertama memang diakui ada persamaan dengan apa dilakukan oleh mereka. Itu sebagai satu eksperimen. Namun, untuk filem berikutnya, pasti ada kelainannya. Saya ingin menjadi seorang pengarah mampu mengarah pelbagai genre. Sebab itu karya terbaru nanti merupakan genre ‘seram cinta.’

Untuk tahun depan, dia bukan sahaja sibuk mengarah, tetapi bakal menerbitkan sebuah teater di Istana Budaya iaitu ‘Cuci The Musical,’ sebuah lagi filem diadaptasi menjadi naskah teater muzikal selepas ‘Impak Maksima The Musical.’

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADI PUTRA AKUI RAPAT DENGAN FASHA SANDHA

ZIANA & ANUAR ZAIN, MEET UNCLE HUSSIN, 6IXTH SENSE, ELYANA KONSERT FENOMENA