Hans yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata, politik di negara ini memerlukan calon muka baharu sebagai ketua apabila dilihat didominasi ramai ahli politik yang lebih berusia.
“Kita mempunyai individu lama yang sama dalam arena politik dan itulah sebab rakyat Malaysia tidak berminat dengan politik.
Kita memerlukan perubahan untuk masa depan yang lebih cerah tetapi ia adalah tanggungjawab kita untuk memilih dan membuat perubahan terbabit.
Saya faham rakyat kecewa, tetapi kita tidak boleh berputus asa dengan apa yang terjadi dan ia sememangnya hak kita untuk memilih jalan yang betul,”
– Hans Isaac
Biarpun namanya antara diketengahkan sebagai wakil rakyat di Ampang, namun menurut Hans, objektif utamanya kini adalah untuk memberikan fokus dalam membantu masyarakat di kawasan itu.
“Pasukan saya dikenali ‘Kita Budak Ampang’ akan memberikan fokus kepada program sosial bagi membantu masyarakat dan menghargai segala sokongan serta bantuan yang dihulurkan.
“Menjalankan program ini sendiri kadang-kadang memberi sedikit tekanan, tetapi memberi satu kepuasan yang besar apabila kita melihat impak sokongan kecil kita terhadap keluarga atau individu.
Namun ada ketikanya, ia menjadi sukar kerana kita tidak dapat membantu semua orang pada satu masa, tapi kami cuba sebaiknya,”
– Hans Isaac
*Sumber: Harian Metro