Sekian lama menyimpan keinginan berhijrah akhirnya pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, 24, tekad berhijab, sejak empat hari lalu.
Menerusi perkongsian menerusi entri Instagram (IG), Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch memuatkan naik gambar bertudung dengan kapsyen bertulis Bismillah mendapat pujian ramai, malah lebih 200,000 tanda suka, semalam. Ia dianggap seperti memberi bayangan memulakan fasa baharu dalam hidupnya.
Perkongsian itu mendapat ucapan tahniah dan doa daripada rakan-rakan artis seperti Nelydia Senrose, Lisa Surihani, Saharul Ridzwan dan Nadia Brian.
“A sight for sore eyes you are (peribahasa yang membawa maksud seseorang itu sangat cantik),”
– Lisa Surihani
Seorang pengguna Instagram menulis:
“Semoga Allah memberikan jalan taufik dan hidayah serta selalu istiqamah menuju jalan yang dirindukan syurga.”
– Pengguna Instagram
Tidak terkecuali, ramai netizen turut mendoakan pelakon wanita berwajah Pan-Asian itu istiqamah dengan imej baharunya.
Pengikut dan teman artis menyambut baik keputusan dilakukan pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu.
Ketika dihubungi oleh BH Online, Hannah berkata, niat tersimpan sekian lama akhirnya menjadi kenyataan.
“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.
“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah.
“Saya mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, semalam,” katanya kepada BH Online.
– Hannah
Mengulas perubahan yang dirasai, Hannah berkata, jiwanya kini lebih tenang.
“Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri.
“Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.
“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung,”
– Hannah Delisha
Mengulas keputusan dibuat selepas terdengar gosip mendakwa bakal mendirikan rumah tangga, Hannah menafikannya.
Ramai yang turut mendoakan Hannah agar kekal istiqamah dengan imej terbarunya.
Hannah pula menjawab banyak komen pujian dan doa orang ramai dengan hati yang terbuka.
“Sejuk mata memandang tengok bidadari syurga ni bertudung. Saya doakan agar Hannah terbuka pintu hati untuk kekal bertudung,”
“Semoga Allah memberikan jalan, taufiq dan hidayah untuk Hannah selalu istiqamah menuju ke jalan syurga,”
“Cantiknya bila Hannah berhijab. Teruskanlah bertudung ye nampak ayu je,” puji seorang wargamaya.
“Alhamdulillah semoga Allah permudahkan urusan harian Hannah dan diberi kekuatan untuk terus istiqamah,”
– Antara komen dari warga maya
Sedikit info, nama asal gadis cantik ini ialah Hannah Adlina Blackburne Birch. Hannah dilahirkan pada 27 Oktober 1996, berasal dan dilahirkan di Singapura. Beliau berdarah kacukan Inggeris dan Melayu yang mana bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya berbangsa Melayu Singapura.
Sumber: BH Online