Namun berbeza buat pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, mereka tidak perlu bersesak dengan orang ramai apabila menempah sebuah helikopter untuk percutian ke sebuah pulau.
Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Hairul turut membawa anak-anaknya bagi menikmati percutian tanpa perlu bersesak-sesak di lapangan terbang.
Dalam entri tersebut, Hairul turut memberitahu percutian itu adalah yang pertama buat anak perempuan mereka iaitu Alisa Aisyah.
Dalam pada itu, Hanis turut berkongsikan video di Instagram berada di dalam helikopter dalam perjalanan menuju ke pulau percutian mereka.
Perkongsian pasangan itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan rakan artis dan netizen yang teruja dengan percutian mewah keluarga itu.
Ada yang memuji dan tak kurang yang ralit melihar gelagat comel dua permata hati mereka.
“This is next level,” tulis netizen
“wah kayangan sangatt,” luah rasa kagum seorang wargamaya.
“Tudia, bukan biasa2 … Usaha mereka dalam mencpai kehidupan yang sekrng pon bukan senang setanding dgn usaha mereka,” tulis lagi seorang netizen.
“Wowwww my universe tu perfect dengan kak hanis punya memories tu. aaaa sukalah tengok, happy je,” peminat teruja.
“Sukanya tengok Alisa hehehe seronok dia,” kongsi peminat lainnya.
“Bukan kayangan… tapi keselamatan anak-anak musim Covid ni. Duit boleh cari, nyawa kesihatan kena jaga. Good job,” puji peminat.
“True definition of kaya… ni tak semata-mata nak nampak kaya, main campak-campak duit depan kamera,” antara komen yang ditinggalkan.
Mereka turut sama memuat naik suasana sama menerusi Insta Stories masing-masing.
Sekadar informasi, Hairul dan Hanis berkahwin pada 8 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Yusuf Iskandar,4, dan Alisa Aisyah, 2.
Membesar Dalam Kesusahan, Hanis Zalikha Teringat Mak Ayah Jual Kuih Tepi Jalan
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Hanis Zalikha terkenang ketika membesar dalam kesusahan apabila kedua ibu bapanya berniaga kuih muih dan nasi lemak.
Dalam entri tersebut, isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu turut memuat naik gambar kuih kegemarannya iaitu pulut panggang. Ujarnya, setiap kali makan kuih tersebut, dia pasti akan teringat kehidupan zaman dahulu.
“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, memang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman Mama Daddy meniaga tepi jalan jual kuih dan nasi lemak.
“Maybe sebab takde masa lain Mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab memang Mama takde buat dah. Cuma time nak meniaga dulu tu je. Dan Mama buat memang sedap sungguh sungguh,” tulisnya.
Dalam pada itu, Hanis turut mengucapkan terima kasih buat ibu bapanya yang bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan mereka adik beradik.
“Thank you pulun berusaha besarkan kami dalam kesempitan. Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama,” tulisnya.
Perkongsian Hanis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak apabila mendapat tahu Hanis sekeluarga pernah hidup susah kerana ada yang menyangkakan keluarganya orang senang.