in

Hanis Zalikha Duta Produk Safi Balqis White Trilogy

Mulakan transformasi kecantikan dan keyakinan diri anda pada hari ini. SAFI jenama halal nombor satu tempatan meneroka dimensi baru wahana kecantikan generasi wanita moden kini dengan melancarkan semula rangkaian produk legasi inovasi kecantikan SAFI.

Hanis Zalikha Duta Produk Safi Balqis

[pullquote]Definisi raut wajah cerah sempurna yang diidamkan oleh setiap gadis pada masa kini bukan sekadar kulit yang sekata, keanjalan ternyata dan kelihatan bermaya setiap masa hanya pada luaran sahaja. Mereka tahu kulit harus dirawat dan diperkaya dengan manfaat merentasi lapisan kulit dan ianya harus bermula dari dalam.[/pullquote]

Apabila kulit mendapat perawatan dan manfaat diperlukan bermula dari lapisan ini, mereka percaya wajah cerah sempurna pasti sentiasa melengkapkan personaliti generasi wanita SAFI kini, beridentiti tersendiri dan integriti.

Memahami dan melengkapkan kembara cantik mereka, SAFI jenama halal No.1 tempatan memperkenalkan rangkaian SAFI BALQIS White Trilogy sebuah inovasi legasi kecantikan SAFI. Generasi kelima SAFI BALQIS ini adalah sebuah rangkaian produk pencerah wajah lengkap untuk semua jenis keperluan kulit – hebat untuk struktur kulit biasa dan sempurna bagi keperluan khusus kulit berjerawat dan berminyak bagi mereka yang ingin memiliki raut wajah cerah sempurna.

Memperkenalkan kesinambungan inovasi produk legasi kecantikan Safi
Rangkaian lengkap transformasi wajah cerah sempurna anda

Kombinasi sistem 3 gen pencerahan . 3 minit proses pencerahan wajah bermula.
3 hari manfaat pencerahan mula dirasa . 3 minggu wajah cerah sempurna

SAFI BALQIS White Trilogy

[dropcap]S[/dropcap]AFI BALQIS White Trilogy membuka dimensi baharu kecantikan anda dengan memperkenalkan Sistem White Trilogy yang diuji secara saintifik untuk mencerah 3 lapisan epidermis kulit untuk hasil pencerahan yang sempurna dan selamat dari dalam.

Diperhebat dengan kombinasi Arbutin terkenal dengan manfaat pencerahannya di dalam produk penjagaan wajah serta teknologi Nano BioWhite yang mampu melambatkan proses pigmentasi, mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit, lantas menjadikan kulit cerah bermaya melalui proses pencerahan 3 lapisan epidermis kulit. Berbeza daripada rangkaian produk kecantikan di luar yang hanya memberi tumpuan kepada lapisan luaran sahaja, SAFI BALQIS White Trilogy memberikan fokus kepada kronologi manfaat pencerahan wajah seperti berikut:

• 3 Minit – Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semulajadi

• 3 Hari – Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit

• 3 minggu – kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit

“Sebagai sebuah jenama yang menjadi inspirasi dan aspirasi kepada anda setiap wanita SAFI, rangkaian SAFI BALQIS White Trilogy memperlihatkan kredibliti jenama SAFI untuk sentiasa menjadi peneraju inovasi produk kecantikan. Umpama sebuah evolusi, SAFI BALQIS White Trilogy memberikan transformasi kecantikan dengan mengungguli dimensi baru produk kecantikan, pelengkap kepada metamorphosis setiap generasi wanita SAFI kini serta kesinambungan kekuatan legasi inovasi kecantikan SAFI”, jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Kumpulan Produk (SAFI).

Jenama SAFI BALQIS yang dipasarkan sebagai rangkaian produk penjagaan kulit wajah pencerahan bagi wanita SAFI berusia 18 tahun ke atas, terus memberikan aspirasi kepada setiap wanita muslim moden kini melebihi satu dekad membawa mesej sebagai rangkaian produk penjagaan kulit wajah pertama mereka.

SAFI BALQIS memberikan keyakinan dan melengkapkan personaliti hebat wanita muslim moden kini yang mahu inovasi kecantikan kontemporari teknologi terkini tanpa perlu mengkompromikan nilai-nilai murni resam budaya dan kehendak Syarak.

“Kami memahami akan keperluan serta kehendak kecantikan mereka. Ia merupakan rangkaian penjagaan dan pencerahan kulit wajah lengkap untuk semua jenis keperluan khusus kulit. kombinasi formulasi teknologi inovasi kecantikan serta sains kecantikan SAFI, memberikan hasil santifik dan alamiah untuk memiliki kecantikan semulajadi yang bermula dari dalam”, tambah beliau lagi.

Keranuman dan kemanisan rasa manfaat semulajadi kehebatan pencerahan kulit wajah buah kiwi hebat untuk kulit biasa dan limau gedang dalam untuk keperluan khusus kulit berjerawat dan berminyak hadir bersama di dalam setiap variasi produk pupur kecantikan siang dan malam SAFI BALQIS White Trilogy. Ia dipersembahkan didalam inovasi bungkusan produk kontemporari lembayunng warna utama jenama serta percikan elemen warna ceria dan grafik khusus memperkenalkan setiap variasi produk rangkaian ini.

Hanis Zalikha Duta Produk Safi Balqis White Trilogy

[dropcap]M[/dropcap]elengkapkan kehadiran rangkaian produk penjagaan dan pencerahan wajah penuh evolusi membawa transformasi metamorphosis diri, SAFI BALQIS White Trilogy memperkenalkan duta terbaharu rangkaian ini “Gadis Balqis” Hanis Zalikha – Personafikasi keayuaan kontemporari jenama ini.

Bintang baru yang sedang melakar nama di dalam bidang hiburan ini merupakan personaliti pilihan kecantikan dan gaya melalui pendapat dan tips peribadi dan pengalaman dari industri di dalam setiap entri blog milik beliau serta profil laman sosial beliau.

“SAFI BALQIS White Trilogy memberikan transformasi kecantikan dan keyakinan kepada diri saya dengan rangkaian produk yang bertindak pantas secara semulajadi daripada dalam dan selamat.

Ia tercipta untuk anda dan saya, nadi kejayaan kita. Dapatkan wajah cerah sempurna dengan lima langkah mudah, membersih, menyegar, memelihara, melembap dan menyerikan dengan penggunaan berterusan rangkaian lengkap SAFI BALQIS White Trilogy.”

Bagi saya ia sebuah rangkaian komprehensif yang sempurna. Tiga produk asas mesti ada saya semestinya Pembersih muka SAFI BALQIS White Trilogy, Krim pelembap SAFI BALQIS White Trilogy dan serum SAFI BALQIS White Trilogy. Wajah cerah sempurna adalah milik kita bersama dalam 3 mini, 3 hari, 3 minggu pasti cerah sempurna.”

Seorang gadis ceria, bersahaja, yakin dan tersendiri, Hanis Zalikha kini senang berbicara tentang transformasi kecantikan dan keyakinan diri beliau.

Gadis Balqis Mempesona dengan kecantikan dan keyakinan diri

Bicara Cantik Bersama Gadis Balqis_Hanis Zalikha

Gadis Balqis Hanis Zalikha dan Serum Safi Balqis White Trilogy

Hanis Zalikha Duta Produk Safi Balqis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Sebenarnya Nadia Adha?

Baby Shima Perkenal Single Terbaru NOMBOR 2