PASANGAN selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen teruk dikecam netizen apabila didakwa tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), baru-baru ini.
Rata-rata netizen mendakwa pasangan itu tidak mengundi apabila mereka dilihat tidak berkongsi gambar jari dengan kesan dakwat kekal sebagai tanda sudah menjalankan tanggungjawab seperti mana yang telah dijelaskan oleh selebriti lain di Instagram.
Pun begitu, nampaknya Hanis dilihat tidak mudah melatah sebaliknya tampil menjelaskan perkara yang sebenar dengan tenang kerana mengakui tidak berkesempatan keluar mengundi.
Menurut Hanis, tindakan itu bukanlah disengajakan tetapi tuntutan kerja yang kebetulan jatuh pada hari sama dengan PRU14 membuatkan mereka tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu.
“Jujurnya memang kami berdua tidak keluar mengundi dan ia bukannya disengajakan tetapi tuntutan kerja membuatkan hasrat itu tidak dapat dilaksanakan.
“Pada hari tersebut kami terlibat dengan penggambaran bersama Jakel untuk koleksi hari raya dan ia tidak boleh dipinda memandangkan jadual Hairul padat dengan penggambaran filem Paskal,†jelasnya dipetik mStar Online.
Pada masa sama, Hanis turut meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat untuk keluar mengundi pada pada hari berkenaan.
Bagaimanapun, Hanis berkata, dia berjanji akan memastikan menjalankan tanggung jawab tersebut pada pilihan raya akan datang dalam tempoh lima tahun lagi.
Sumber: Mstar Online