in ,

Hanis Kamal & Puteri Fatin Nasuha dalam Doa Ke Syurga

KONGSI KISAH ANAK PENGHIDAP PENYAKIT HIPERAKTIF DALAM TELEMOVIE DOA KE SYURGA DI TV1

Antara sedar atau tidak dalam kalangan masyarakat kita ramai juga yang memiliki anak mengidap penyakit HAHD (Attention-Deficit Hyperactivity Disorder). HAHD adalah merujuk kepada sejenis penyakit iaitu suatu gangguan dalam bentuk hiperaktiviti dan inatensi atau distraktibiliti yang boleh menyebabkan kehidupan seseorang terganggu.

doa ke syurga

Gejala ini kebiasaannya muncul pada saat usia seawal 3 tahun dan penghidap penyakit jenis ini seringkali berterusan, malahan hampir 60% penghidap penyakit ini akan membawa sampai ke alam remaja bahkan hingga dewasa.

Oleh itu, kesabaran adalah tunjang utama seandainya ibu bapa dikurniakan anak yang menghidap penyakit seperti ini. Bukan itu sahaja, dalam membesarkan anak, pelbagai cabaran dan ujian perlu ditempuhi kerana bukan mudah menjaga anak yang menghidap penyakit HAHD ini. Walaupun anak itu tidak sempurna sepenuhnya, namun pihak ibu bapa tidak boleh lepas tangan dengan mengabaikan mereka.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang prihatin menyuntik kesedaran tentang penyakit ini membawakan telemovie istimewa, Doa Ke Surga pada 29 Oktober 2010 (Jumaat), jam 10.30 pagi di TV1. Penonton didedahkan mengenai kisah seorang kanak-kanak bernama Kamal yang berusia 12 tahun adalah anak bongsu kepada pasangan Cikgu Zainuddin dan Cikgu Zabedah. Dia dianggap ‘anak istimewa’ kerana menghidap penyakit HAHD.

Drama dibintangi pelakon terkenal Pelakon Rozie Rashid, Hanis Kamal, Puteri Fatin Nasuha dan Esma Danial ini berkongsi dengan penonton kisah watak yang terpaksa berdepan pelbagai dugaan dan ujian yang dialami oleh ibu bapanya dalam membesarkan Kamal berikutan penyakit yang dihadapi olehnya itu. Kamal memiliki seorang abang, Anuar dan kakak bernama Zarina.

Kerana penyakit tesebut, Kamal sering dijadikan bahan jenaka. Orang kampung memang telah masak dengan perangai Kamal. Sering kali Kamal merayau sendirian dan di kala malam ada sahaja orang kampung yang menghantarnya pulang.

Bukannya niat Cikgu Zainuddin mahu melepaskan tanggung jawabnya menjaga Kamal. Mereka tidak sanggup mengurung Kamal seperti orang tebusan di rumah. Hanya satu tabita Kamal yang sukar untuk di bendung. Kamal pantang berjumpa dengan sungai. Dia pasti berendam dan bermain air di sungai berdekatan dengan ladang getah.

Namun kehadiran Kamal di sebuah jeram amat tidak di senangi oleh beberapa kanak-kanak nakal yang sering bermain di kawasan tersebut. Kamal sering dibuli dan diperbodohkan oleh mereka. Ijat, Ah Kit dan Rama memang terkenal kerana kedegilan dan kenakalan mereka.

Berdekatan dengan estet terdapat sebuah kuil Hindu. Bila lapar sahaja Kamal dengan tidak segan silu akan meminta seorang sami Mutu sedikit makanan. Sami Mutu kadang-kadang merasa risau kerana Kamal sering datang ke kuil tersebut dan ramai yang agak kurang senang dengan kehadiran Kamal. Akhirnya Kamal di larang menghampiri kuil tersebut kerana takut Kamal akan melakukan apa-apa kerosakan di situ. Mereka juga mengesyaki bahawa Kamal mencuri kasut di kuil tersebut. Namun sebenarnya Kamal diperalatkan oleh Ijat, Ah Kit dan Rama.

Sami Mutu kemudiannya menasihati ayahnya supaya mengawasi Kamal agar tidak ke kawasan kuil tersebut. Cikgu Zainuddin telah mengarahkan Anuar dan adiknya Zarina untuk menjaga Kamal.

Kerana terpaksa Anuar terpaksa membawa Kamal kemana sahaja dia pergi. Setiap petang Anuar akan pergi ke rumah Tauke Loy yang berdekatan dengan sebuah tokong Cina. Setiap petang juga tokong tersebut akan membuat latihan gendang Cina.

Kamal mula tertarik dan mengganggu latihan. Bukan itu sahaja, Kamal dengan tidak sengaja telah menjatuhkan sebuah tembikar antic sehingga pecah sewaktu melihat mereka berlatih. Akibat dari itu Anuar terpaksa membawa Kamal pulang. Kerana simpati Tauke Loy membayar ganti rugi bagi pihak Kamal.

Cikgu Zainuddin tiada pilihan. Dia mulai hilang sabar. Dia terpaksa merantai kaki anaknya walaupun dia berat untuk berbuat demikian. Master Lim, jurulatih seni gendang Cina mulai serba salah bila terlihat Kamal di rantai. Dia tidak mahu kerana kejadian tersebut, Kamal diperlaku seperti itu. Master Lim bertemu dengan Cikgu Zainuddin. Master Lim juga menawarkan dirinya untuk mengajar Kamal bermain gendang kerana Kamal begitu minat terhadap alat gendang Cina. Begitu juga dengan Sami Mutu. Sami Mutu dan memohon supaya Cikgu Zainuddin melepaskan Kamal. Dia berjanji jika Kamal datang, dia akan menjaga Kamal sebaliknya.

Namun Cikgu Zainuddin enggan. Dia risau jika Kamal terus mengganggu mereka semua. Zarina dan Anuar merasa simpati melihat Kamal di rantai. Akhirnya mereka mengambil keputusan melepaskan Kamal.

Pada suatu hari, sekumpulan kanak-kanak nakal itu memperalatkan Kamal dengan menyuruh Kamal mencuri kasut di luar kuil dan disebabkan itu, pengunjung kuil berasa marah lalu mengejar Kamal. Kerana takut, Kamal terus terjun ke dalam jeram yang paling dalam. Apakah yang akan terjadi pada Kamal? Adakah Kamal selamat? Saksikan telemovie menarik meruntun hati penonton yang bakal disiarkan pada 29 Oktober 2010 (Jumaat), jam 10.30 pagi hanya di TV1.

doa ke syurga1

doa ke syurga2

doa ke syurga2

doa ke syurga3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chasing Mummies New Series Astro channel 555

Fahrin Ahmad Khianati Remy Ishak dalam Drama Pun Pun