Setelah keluar gossip yang mengatakan Hanez Suraya kembali intim dengan Romie dan ada mata yang melihat kemesraan mereka makan bersuap di Suria KLCC minggu lalu, semalam, berita mereka bertunang seakan mengiyakan hubungan mereka selama ini. Budiey ingin mengucapkan tahniah buat Hanez Suraya dan pasangannya, Romie Razin Adilha selepas selamat bertunang selepas waktu Isyak malam tadi.
Berita yang Budiey petik dari Berita Harian ini sekaligus mengiyakan gosip-gosip liar sebelum ini yang melaporkan mereka akan bertunang. Majlis telah diadakan secara tertutup di ruma keluarga Hanez Suraya di Seremban, Negeri Sembilan. Tahniah Hanez, Selamat Bertunang.
Sah Hanez Suraya melangsungkan pertunangan selepas Isyak tadi dengan lelaki pilihannya, Romie Razin Adilha. Majlis diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Hanez di Seremban dan dihadiri keluarga terdekat masing masing.
Majlis itu menamatkan teka-teki dan tanda tanya yang wujud mengenai spekulasi acara pertunangan mereka.
“Ya… kami baru saja bertunang tadi,” katanya yang cantik dengan solekan Chomel dan busana rekaan Fizi Woo.
Ternyata jodoh antara Hanez dan Romie masih kuat biarpun sebelum ini dilaporkan cinta mereka putus di tengah jalan. Hubungan pasangan ini menjadi perhatian ramai tahun lalu apabila Hanez dikaitkan sebagai perosak rumah tangga Romie dan bekas isterinya yang dikatakan sedang berantakan.
Hanez juga berdepan dengan fasa kejatuhan yang mendadak berikutan kontroversi itu. Beliau bagaimanapun enggan mengenang kisah lalu.
“Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang,” katanya. – Sumber: Berita Harian