in ,

Hanez Suraya Jawab Isu Kontroversi Rampas Suami Orang

Pada jam 3 petang, 5 Mac 2014, pelakon Hanez Suraya telah mengadakan sidang media di Hotel One World untuk menjawab pertanyaan daripada media dan menjelaskan kepada orang ramai berkenaan dengan isu kontoversi yang mengaitkan beliau merampas suami orang di mana pasangan ini akan berkahwin tak lama lagi. Budiey lihat sekarang ini di Instagram milik duta produk Aura White ini, macam-macam tuduhan kesat, sumpah seranah, kejuan nista yang berbaur hinaan daripada orang ramai. Sekali baca kejian yang dilemparkan, rasa kesian pulak dengan Hanez Suraya. Budiey tak boleh gambarkan apa yang Hanez rasa semasa membaca komen negatif kat Instagramnya.

Selain Hanez, turut hadir ialah peguam Hanez dan pemuda yang sekarang ini menjadi kekasih Hanez iaitu Romie, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Kekasih Hanez SurayaKekasih Hanez Suraya

 

Beberapa perkara dan isu yang barkait serta pertanyaan dari media telah dijawab oleh Hanez Suraya. Antaranya isu kahwin dengan Mr. R, isu letak gambar anak Mr.R di Instagram miliknya, cerita tentang macamana Hanez boleh terpikat dengan Mr. R, macamana jalan cerita sebenar mereka bercinta, semuanya dikorek dan diberi penjelasan. Juga tentang pendedahan Nurliyana di media dan di TV baru-baru ini.

Antara yang boleh disimpulkan dari sidang media ini:

  1. Hanez Suraya telah menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
  2. Hanez mengakui tidak takut kepada balasan ataupun karma gara-gara kejadiannya dikatakan merampas suami orang yang juga kekasihnya, Romie Razin Adilha, 34 tahun. Menurut Hanez, sekiranya dia berada di pihak yang benar dan ikhlas menjalinkan hubungan dengan pemuda yang dikenali sejak 20 Disember tahun lalu itu, dia tidak perlu takut kepada ‘hukuman’ berkenaan.
  3. Hanez turut meminta Nurliyana untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas nama baik dia dan keluarganya tercalar gara-gara tuduhan tersebut.

Hanez juga diasak dengan soalan, kenapa masih lagi berkawan dengan Mr R walaupun sudah tahu tentang status lelaki itu.

“Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar. Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu.”

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan. Situasi bertambah tegang apabila isteri Romie, Nurliyana Abd Manan membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.  Sumber: Mstar Online

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yusof Haslam Terharu Menonton Konsert Teaterikal Suara Kita

Hanez Suraya Nafi Kekasih Taja Kereta Alphard Vellfire