Pasti ramai yang dah tahu, pelakon cantik manis Lisdawati kini sedang hamil empat bulan. Namun, beliau memberitahu masih terikat dengan pengambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta untuk siaran Astro sehingga hujung Januari. Selepas itu beliau mengambil keputusan untuk berehat atau terima tawaran yang bersesuaian sahaja.
“Walaupun hamil empat bulan kini, saya tidak ada masalah untuk berlakon dan ‘menyorokkan’ perut kerana bila bertudung, baju lebih longgar, jadi tak nampak sangat.â€
Apa-apa pun, syabas untuk Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi sebab tahun 2014 bakal memberikan sinar bahagia apabila dikurniakan anak yang ke-3. Pasti comel dan cute macam mak dan ayahnya juga ye.
Yang penting, biarpun sudah memiliki dua cahaya mata, Nur Aina Farhana, 5 dan Nur Aina Fazneesya, 4, Lisda masih kelihatan ramping dan cantik persis seperti dia ketika masih anak dara. Tips kurus tak lain tak bukan, kena jaga pemakanan dan kerap bersenam. Lisda tak percaya dengan ubat kurus atau pil diet dan beliau memilih untuk berdiet secara natural semulajadi. Lisda hanya mengambil vitamin C dan E, makan banyak buah-buahan dan sayuran.
Malangnya, pada kali ini Lisda akui dia mengalami alahan yang agak teruk. Lisda begitu memilih dan mahu makan makanan yang panas dan agak moody.
Budiey harap segalanya selamat ya.