Memetik mStar Online, Mawar berkata dia tiada niat untuk rahsiakan kehamilannya namun memilih untuk berkongsikan apabila kandungan sudah kuat.
“Kita tak ada perancangan apa-apa tapi sebab kawan-kawan pun dah mula tanya. Komen-komen di Instagram pun ramai dah boleh agak. Tapi Alhamdulillah, kandungan dah sampai lima bulan dan semakin kuat,”
– Mawar
Menurut Mawar kehamilan kali ketiga ini adalah paling mencabar kerana dia mengalami alahan teruk sehingga terpaksa masuk ke hospital.
“Sebenarnya alahan kali ini memang paling teruk, terkejut saya tapi rasa berbanggalah ibu dekat luat sana yang lalui Mawar lalui ini.
“Saya kena alahan yang sangat-sangat teruk, kehamilan sebelum ini sebenarnya sangat sakit. Kali ini sampai masuk air dekat hospital, masuk ubat sebab dah tak boleh telan apa-apa sampai cakap boleh mentallah,”
– Mawar
Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia terpaksa duduk di bilik kerana tidak boleh terhidu bauan lain selain di biliknya sehingga tidak boleh buat kerja.
“Saya tak boleh keluar bilik langsung, hanya berkurung dalam bilik. Rasa teruknya kali ni, sampai nak buat kerja pun tak boleh. Tengok gambar ke nak buka Instagram lama-lama tak boleh. Dia rasa pening!
“Nasib baik al-Quran boleh tengok, banyak termenung tapi Alhamdulillah ada sokongan suami yang uruskan, mummy dan adik beradik yang sangat-sangat supporting dan sentiasa doakan. Sebenarnya saya takut juga benda ni berlarutan selama sembilan bulan,”
– Mawar
Mawar dan Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rafael dan Rosabella yang masing-masing berusia empat dan dua tahun.