Baru-baru ini, industri seni Malaysia dikejutkan dengan berita anggota kumpulan pelawak Senario, Hamdan Ramli yang terpaksa ditidurkan pihak hospital selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.
Terbaharu, pelawak Hamdan Senario dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, kira-kira 12.50 tengah hari, Jumaat.
Azlee berkata, jenazah arwah Hamdan dijangka dibawa pulang ke Ipoh, Perak, petang ini.
Berita sedih mengenai permegian pelawak berusia 54 tahun ini disahkan oleh ahli kumpulan Senario iaitu Azlee.
Menurut Azlee, keadaan jantung Hamdan terlalu lemah sejak ditidurkan beberapa hari lalu dan terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Pelawak Azlee Senario turut memaklumkan jenazah Hamdan akan dibawa ke Ipoh pada pukul 3 petang untuk dikebumikan.
Jenazah hantar terus pegi Ipoh. Kebumi disana di kampung halaman.
Hamdan ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor sejak Ahad lalu kerana jangkitan kuman selepas mengalami cirit birit dan sesak nafas.
Ahad lalu, Hamdan sepatutnya menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel di Johor Bahru.
Acara itu adalah sempena ulang tahun ke-27 Senario. Namun, Hamdan tidak dapat menyertainya berikutan deman dan terjatuh lalu dikejarkan ke HSA.
Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat cahaya mata.