in , ,

Haliza Misbun Kini Isteri Orang, Dapat Hantaran Sebuah Rumah

Dengan sekali lafaz, aktres berbakat besar, Haliza Misbun selamat bergelar isteri kepada duda anak satu yang juga lelaki warga British, Matthew John Rodgers berlangsung di Masjid Ar Rahah, Kerinchi kira kira jam 5.25 petang.

Pernikahan dengan perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu sekali gus melenyapkan teka teki mengenai status sebenar pelakon mencipta populariti drama bersiri Cinderella pada pertengahan 1990-an itu.

Majlis membabitkan pasangan sebaya berusia 48 tahun ini berlangsung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya 50 orang saja tetamu dijemput.

Pada majlis ringkas dan intim itu, Haliza menerima mas kahwin RM80 selain wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina keluarga baru.

HALIZA MISBUN

Haliza turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin dan berwalikan adik lelaki, Othman Misbun.

“Ini perkahwinan pertama saya. Alhamdulilah. Selama ini saya tahu ada yang sangsi dan berteki dengan status diri saya. Termasuk ada yang menyangka saya sudah berkahwin.

“Tapi hari ini saya bersyukur segala yang dinantikan saya sudah hampir sempurna. Kehadirannya melengkapi kehidupan ini. Insya-Allah,” katanya.

Menurut Haliza, hubungannya dengan suami terjalin sejak hampir empat tahun lalu.

“Dia sudah menetap di Malaysia sejak sembilan tahun lalu. Kami kenal menerusi kawan. Pertemuan di sebuah restoran di Damansara Heights ketika keluar bersama kawan yang lain memutik rasa jatuh cinta.

“Malah selepas setahun akrab, dialah lelaki pertama yang saya berani bawa berjumpa keluarga. Saya rasa yakin dengan kesungguhannya dan kami mula terbuka dalam pelbagai aspek.

“Pengalaman hidup masing masing mematangkan diri barangkali menjadi faktor keserasian itu mudah diperolehi,” katanya.

HALIZA MISBUN

Pada majlis berlangsung, Haliza mengenakan busana rekaan teman baik sendiri, Sutex atau nama sebenarnya, Mansor Harun.

Malah adiknya, Rozana Misbun turut menjadi pengapit. Sejurus selesai majlis akad nikah, mempelai turut diraikan di sebuah dewan di lokasi sama.

Haliza turut memberitahu, suaminya turut melakukan strim langsung di halaman Facebook untuk berkongsi detik bahagia itu bersama keluarga rapat di England.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chef Wan Terkejut Dapat Tahu Serina Nikah di Siam, Ini Reaksi Chef Wan Yang Mengejutkan Ramai

“Encik Suami Dah Pesan, Jangan Panjangkan Isu Lagi,” – Neelofa