Tahniah buat pasangan selebriti terkenal Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang akan menerima anak kedua. Berita yang mengembirakan ini disampaikan oleh Hairul Azreen di Instagram. Syukur Alhamdulilah. Bahagia rumahtangga. Sweet je tengok gambar ni.
Hairul berkongsi khabar gembira itu menerusi laman Instagramnya pada Khamis lalu.
“Alhamdulillah… Insya-Allah, Yusuf Iskandar bakal dapat adik! Rezeki milik Allah. Terima Kasih Allah,”
Pasangan itu kini berada di Tokyo, Jepun untuk bercuti.
Sementara itu, ruang komen di foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.
Antara artis yang turut teruja dengan berita gembira itu ialah Janna Nick, Gambit Saifullah, Nad Zainal, Mira Filzah, Uqasha Senrose dan Siti Elizad.
Malah, ada segelintir peminat yang menganggap pasangan itu mendapat rezeki berganda selepas kejayaan filem Paskal.
Filem tersebut berjaya mengutip RM26.1 juta selepas 28 hari tayangan dan masih ditayangkan di pawagam.
Hairul berkahwin dengan aktres Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusof Iskandar pada 3 Jun 2016.