in ,

Hairul Azreen & Faralyna Idris Bukan Lagi Pasangan Kekasih

Selepas empat tahun menjalin cinta, siapa sangka hubungan sesama pelakon Hairul Azreen dan Faralyna Idris akhirnnya putus di tengah jalan. Khabar itu diakui Faralyna dalam sebuah akhbar pada minggu lalu.

Sementara dalam akhbar Kosmo! hari ini Hairul Azreen turut mengesahkan perkara yang sama. Pelakon tersebut mengakui perpisahan mereka itu berpunca dari dirinya senndiri.

“Hubungan kami semakin renggang sekitar hujung tahun lalu terutamanya ketika saya ke Cape Town untuk penggambaran Fear Factor Selebriti Malaysia. Apabila pulang ke Kuala Lumpur, kami berjumpa untuk berbincang masalah ini dan lebih kurang penghujung bulan Januari lalu kami memutuskan untuk berpisah.”

Dalam pada itu, pelakon Setia Hujung Nyawa itu membeitahu dia ada berkenalan dengan seorang gadis yang bukan dalam industri seni dan ada memaklumkan perkara itu kepada Faralyna.

Saya ada beritahu (Faralyna) bahawa saya kesunyian dan perlukan teman wanita. Namun hubungan saya dan gadis itu tidak lama kerana saya memilih untuk tidak terikat dengan sebarang komitmen buat masa sekarang sekurang-kurangnya enam bulan. Fokus saya sekarang untuk bekerja dan mencari duit serta menempa nama.

Bagaimanapun kedua-dua pelakon tu masih berkawan baik dan menurut Hairul, dia tidak mempunyai sebarang masalah seandai diganding bersama bekas teman wanitanya itu dalam mana-mana drama atau filem, kelak.

hairul-faralyna

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Shila Amzah Nyanyi Lagu Ombak Rindu Sambil Menangis Di YouTube

Teater Neo-Romantik di Stor Teater DBP Kuala Lumpur