Difahamkan, filem arahan Adrian Teh itu akan diatayangkan pada Hari Kebangsaan tahun hadapan. Bagaimanapun, ada yang kurang senang apabila mengetahui Hairul turut berlakon dalam filem tersebut.
LDi laman Twitter, nama pelakon itu menjadi bualan ramai apabila netizen mempersoalkan mengapa Hairul sering dipilih berlakon dalam filem badan beruniform. Kata netizen lagi, ramai lagi pelakon hebat lain namun sering melihat Hairul dipilih membintangi filem berunif
Menurut netizen lagi, mereka seolah sudah muak melihat wajah Hairul membintangi filem beruniform dan terus ‘hilang selera’ untuk menonton filem berkenaan.
Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa teruja melihat Bront Palarae dan Remy Ishak membintangi filem berkenaan namun turn off terus sebaik sahaja melihat Hairul.