Direka untuk menambah baik kehidupan rakyat Malaysia, produk-produk baharu itu diperkenalkan pada program ‘Inspire Future Dreams – 2023 Haier Media Engagement’.
Antara produk yang diperkenalkan adalah pendingin hawa, peti sejuk, peti beku, mesin basuh, televisyen, pemanas air dan perkakasan dapur. Pelancaran produk- produk ini menggariskan komitmen Haier untuk meningkatkan gaya hidup pengguna menerusi falsafah ‘Smart Living’ dengan kualiti produk yang unggul dan lebih memudahkan pengguna.
Pengarah Urusan Haier Malaysia, Fan Jing berkata, “Haier mengutamakan kepuasan pelanggan. Kami mendedikasikan kajian dan ujian yang ketat untuk membangunkan produk-produk bermutu tinggi yang memenuhi keperluan pengguna moden hari ini. Usaha kami dalam menyediakan solusi yang berorientasikan pelanggan dipandu oleh tekad untuk membolehkan ‘Smart Living’.
Menerusi rekaan produk inovatif, kami bermatlamat dalam menyediakan keselesaan dan kemudahan yang tiada bandingannya. Ketika tahun ini menghampiri penamatnya, kami ingin berkongsi sekilas pandang produk-produk baharu yang bakal diperkenalkan untuk 2024, yang direka untuk meningkatkan kehidupan mereka.”
Solusi Pengudaraan Pintar & Sihat Siri UV Cool Premium (VXA) dan UV Cool Smart (VRA) serba baharu menampilkan modul Wi-Fi secara ‘built-in’, membolehkan pengguna mengawal pendingin hawa pada bila-bila masa, di mana jua dengan aplikasi Haismart di telefon atau tablet.
Dalam usaha untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat, pendingin hawa ini dilengkapi dengan teknologi penstrilan UVC. la membantu menyamankan udara dengan mengeluarkan sinaran UVC sambil menjana ion negatif dan positif yang menghalang transmisi bakteria, virus dan zahrah yang merbahaya di udara.
Teknologi ini menerima penarafan daripada Texcell, dengan kadar keberkesanan sebanyak 99.991% dalam menghapuskan SARS-CoV-2 dan kadar penghapusan virus sebanyak 99% oleh SGS.
Untuk kegunaan komersial, pendingin hawa komesial baharu Haier juga dilengkapi dengan ciri-ciri yang sama seperti siri pendingin hawa rumah, VXA dan VRA.
Penyimpanan Makanan yang Lebih Pintar
Di dalam dunia yang saling terhubung, pengguna mahu menguruskan perkakas rumah dari mana-mana sahaja. Peti sejuk empat pintu HF-IM758LXG (B) yang didatangkan dengan aplikasi Haismart menyediakan kemudahan kepada pengguna.
Selepas menghubungkan peti sejuk dengan rangkaian Wi-Fi, pengguna boleh menguruskan makanan, mengawal mod dan suhu, serta menerima tips resipi-resipi masakan kegemaran pengguna menerusi aplikasi berkenaan.
Peti sejuk tersebut mempunyai skrin sentuh yang telah dibina secara ‘built-in’ untuk membantu pengguna melaras suhu dan tetapan-tetapan lain secara intuitif dan lebih elegan.
Ciri lain yang menarik ialah ‘Daylight’ yang menyediakan pencahayaan lebih baik dan sekata di seluruh peti sejuk. Ciri ini bakal digemari ramai pengguna kerana peti sejuk akan diterangi sedikit demi sedikit dari belakang ke depan apabila pintu dibuka, walaupun dalam keadaan gelap.
Haier Malaysia turut mengumumkan pelancaran model pintu sejuk 4 pintu HRF-IG585EM (GB) dan HRF-IM585EM (FB).
Ketiga-tiga peti sejuk ini dilengkapi dengan teknologi Sistem Kawalan Kelembapan (HCS) untuk mengawal tahap kelembapan dari dalam laci. Ini membantu mengekalkan suhu pada tahap optimal supaya buah-buahan dan sayur-sayuran kekal segar lebih lama.
Selain laci dengan kawalan kelembapan, zon kering turut disediakan untuk keperluan simpanan pengguna yang ingin menyimpan bahan-bahan yang tidak boleh terdedah kepada kelembapan berlebihan seperti makanan laut kering, contohnya ikan bilis.
Penyejuk untuk Wain dengan Penyimpanan Optimal Haier turut mengumumkan kemasukan penyejuk wain pertamanya di Malaysia pada 2024 – WS-198 dan WS-118. Penyejuk wain ini dilengkapi dengan teknologi ‘Natural Air Flow System’ untuk mengekalkan suhu yang konsisten dan kelembapan dengan lebih baik. Kualiti wain yang disimpan dalam penyejuk ini akan kekal lama dengan adanya pengawalan suhu yang optimum.
Bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai, Haier memperkenalkan Peti Beku Berdiri UR-331BK, UR-261BK, dan UR-181BK. Peti beku berdiri ini menyediakan fleksibiliti yang mana pengguna boleh menjadikan ia peti beku atau peti sejuk dengan hanya menukar suhu menerusi panel digital. Rekaan kemas dengan warna hitam dan kawalan sentuhan elektronik meningkatkan penampilan Peti Beku Berdiri ini, menjadikannya penambahan yang sesuai di dapur.
Basuhan di Tahap Seterusnya dengan Kemudahan Pintar Membasuh baju kini lebih senang dengan mesin basuh muatan depan, BD14266S8 yang bakal tiba. Model ini boleh disambungkan dengan Wi-Fi, membolehkan pengguna mengawal basuhan dari dalam rumah. Ia juga didatangkan dengan panel paparan Colour Ai yang cerah dan elegan untuk kawalan tetapan lebih baik, mempertingkatkan pengalaman pengguna berbanding mesin basuh muatan depan biasa.
Sementara itu, mesin basuh muatan atas BD2178S8 dilengkapi dengan teknologi Auto Dosing yang membolehkan pengguna mengoptimumkan penggunaan produk basuhan, mengelakkan pembaziran, dan mengurangkan kekotoran di pakaian untuk pengalaman basuhan yang menakjubkan.
Teknologi Auto Dosing itu akan membuang cecair bahan pencuci secara automatik, berdasarkan kitaran basuhan dan pakaian. Pengguna hanya perlu menambah bahan pencuci sekali di bahagian produk basuhan apabila diperlukan.
Pengalaman Mandian yang Menyegarkan
Susulan pelancaran F Series pada OktoberHaier menambah barisan produk pemanas air dengan pengenalan K Series, yang menampilkan Teknologi Kalis Renjatan (Teknologi Shock Proof) yang direka khas untuk menghalang kebocoran elektrik dan kegagalan Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB) yang mungkin membawa risiko renjatan elektrik. Teknologi ini menukar arus elektrik voltan tinggi menjadi voltan rendah, memastikan pengalaman mandian yang lebih selamat.
Direka dengan warna Hitam Matte yang elegen, pemanas air K Series juga mempunyai pancuran berbentuk empat segi yang menambah sentuhan unik di bilik mandi pengguna.
Mempertingkatkan Masakan di Rumah
Bagi mereka yang menikmati masakan di rumah, Haier memperkenalkan dapur gas dan hud untuk mempertingkatkan pengalaman memasak. HH-GT6907GB merupakan hud yang berkuasa tinggi dan senyap. Rekaan bentuk volut bionik yang besar dapat memberikan aliran udara yang kuat dan tidak tersekat pada kadar 2200m³/j, ditambah dengan bunyi yang sangat rendah.
Mengurangkan kebarangkalian dapur berasap, ciri Al Smart Air Flow pada hud itu meningkatkan kuasa sedutan secara automatik apabila rintangan dikesan untuk mengekalkan kecekapan pemprosesan dan sedutan, menjadikannya hud yang ideal untuk mereka yang kerap memasak, atau rumah yang memerlukan kaedah pemasangan paip yang panjang.
HH-GT6907GB berupaya disambungkan menerusi ‘Hob-to-Hood Connection; melalui sambungan Bluetooth untuk pengoperasian secara automatik apabila dapur gas dipasang dan ditutup apabila dapur gas tidak digunakan. Ini mengurangkan keperluan pengguna untuk menyentuh panel kawalan dengan tangan yang berminyak, selain membantu mereka yang kerap lupa menutup atau membuka hud dapur.
Melengkapkan hud tersebut ialah dapur gas HC-Q893STGB, HC-Q872PTGB, dan HC-Q872PTDG. Ketiga-tiga model ini tampil dengan Timer Setting yang menutup bekalan gas selepas ‘timer’ tamat bagi mengelakkan potensi kejadian berbahaya. Bagi makanan yang dimasak perlahan seperti bubur atau sup, pengguna tidak perlu risau terlupa menutup dapur gas yang mungkin mengakibatkan lecur atau kemalangan lain.
Satu ciri lain ialah ‘Flexible Cut-out Size’ yang membolehkan penukaran dapur gas tanpa perlu mengubah suai potongan kabinet. Ini memudahkan pengguna yang mahu menukar dapur gas baharu kerana mereka tidak perlu gusar dengan ukuran dimensi yang tepat.
Tingkatkan Keterujaan Hiburan
Haier baru-baru ini memperkenalkan TV OLED pertamanya di Malaysia, H65C900UX (65″) dan H55C900UX (55″) dengan paparan OLED 120Hz 4K (3840×2160) yang menawarkan mutu gambar yang tiada bandingannya.
Dipadankan dengan sistem audio Dolby Atmos bersama dengan pembesar suara Kardon 2.1, kedua-dua televisyen ini akan meningkatkan pengalaman tontonan hiburan pengguna.
Menuju ke 2024 Bersama Pemain Badminton Kebangsaan Sebagai tambahan kepada pelancaran produk-produk baharu, Haier melanjutkan kerjasama pasangan beregu badminton lelaki kebangsaan, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Pasangan pemain badminton yang menduduki tempat ketiga di dunia ini akan terus menjadi duta Haier Malaysia untuk tahun 2024. Mereka menyertai acara pelancaran sejurus selepas menamatkan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China.