Menurut sumber berita yang disiarkan, majlis yang diadakan di sebuah lokasi di Sungai Buloh, Selangor itu dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat.
Berita ini sekaligus menamatkan teki-teki peminat tentang hubungan Zara Zya dan Hafreez selama ini.
Khabarnya, kedua merpati sejoli ini bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan dan memilih Oktober 2020 sebagai tarikh bersejarah itu.
Pada majlis itu, keluarga Hafreez menyerahkan lima dulang hantaran, berbalas tujuh. Terdahulu sebelum ini, keluarga Hafreez datang merisik pada 8 September lalu.
Hafreez berkata, dia selesa dengan kematangan Zara, malah menyifatkan pelakon yang dikenali menerusi drama Love You Mr Arrogant itu sebagai wanita yang membahagiakannya.
Menurut Hafreez, mereka tidak berniat menyembunyikan majlis pertunangan itu, sebaliknya mahu memberi ruang kepada keluarga kedua-dua belah pihak untuk mengenali lebih dekat.
“Saya minta maaf sebab tidak maklumkan awal atas atas permintaan keluarga yang mahukan majlis tertutup. Sebenarnya tak ada niat nak sorokkan.
“Alhamdulillah, majlis tadi berjalan lancar. Sejujurnya, sejak sebulan lalu lagi memang berdebar sebab nak melangkah ke fasa baru sebagai tunangan orang. Apatah lagi majlis hari ini mempertemukan keluarga besar kedua belah pihak. Sebelum ini membabitkan kedua ibu bapa dan adik beradik saja,”
“Oktober dipilih sempena bulan kelahiran Zara, tetapi ia mungkin dipercepatkan jika semua urusan berjalan lancar. Kalau boleh, kami tidak mahu melengahkan perkara baik.”
“Jika diikutkan, kami sebenarnya tidak mahu bertunang, namun ia dibuat bagi menghormati permintaan keluarga, terutama saudara jauh yang mahu mengenali saya dan bakal isteri dengan lebih dekat,”
– Hafreez
Zara Zya memilih untuk didandan oleh Dato’ Alha Alfa dan memakai persalinan serba putih rekaan Syafieq Ayman sempena majlis pertunangannya.
Usahawan kosmetik terkenal, Alha Alfa yang menjadi jurumekap aktres tersebut berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram yang disertakan dengan gambar selepas solekan.
“Tahniah. Yeay makeup done for my lovely @zarazya happynya tak lama dah!
“Penyakit berjangkit lepas I. You pulak okey I happy gila-gila.
“Selamat bertunang Zara! I doakan cepat-cepat ke jinjang pelamin,”
– Alha Alfa
Rata-rata pengikut Instagram Alha mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.
Hafreez dan Zara yang juga pelakon drama Monalisa berkata, tempoh pertunangan antara enam bulan hingga setahun dan mengharapkan peminat mendoakan agar segalanya selamat dilangsungkan.
“Atas permintaan keluarga kalau boleh bertunang dalam tempoh setahun. Tapi, kalau ada rezeki lebih cepat lagi bagus iaitu mungkin enam bulan.
“Jadi, mulai sekarang kami sudah boleh fikir dan buat persiapan sedikit demi sedikit. Soal kahwin ini bukan main-main. Banyak perkara kena ambil kira.
“Malah, untuk majlis nikah dan persandingan nanti kami merancang buat di sini saja. Jika boleh sekalikan majlis persandingan untuk kedua belah pihak,”
Hafreez turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan peminat yang tidak berhenti mendoakan kebaikan buat mereka.
“Terima kasih atas doa semua. Saya berharap semua urusan kami dipermudahkan. Pengalaman lalu juga banyak mengajar kami menjadi pasangan yang lebih baik,” katanya.
“Perkara baik tak salah nak kongsi. Apa yang saya harapkan semoga peminat dapat doakan yang baik-baik untuk kami dan segala dirancang berjalan lancar,”
Pada majlis itu Hafreez menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pihak Zara.
Kedua pasangan anggun dalam persalinan rekaan Syafieq Ayman.
Sebelum itu, Hafreez dan keluarga telah merisik Zara Zya pada 8 September lalu.
Pasangan yang mula berkenalan ketika membintangi drama Mona Lisa pada 2017 itu pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.
Namun komitmen terhadap kerja membuatkan hasrat itu terpaksa ditangguhkan.
Dalam majlis tersebut, keluarga Hafreez menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Sebelum ini pada tahun lalu, menerusi laman Instagram Hafreez, dia memuatnaik sebuah video kejutan buat Zara Zya. Hadiah itu sengaja diberikan lewat dari tarikh hari jadi Zara yang ke-33 iaitu pada 22 Oktober lalu.
Selamat Bertunang buat Zara Zya Dan Hafreez Adam. Semoganya majlis pernikahan nanti berjalan lancar dan dipermudahkan. Semoga cepat naik pelamin ya!